PENYAKIT KRITIKAL
SETIAP MANUSIA AKAN DI UJI, UJIAN YANG DIBERI SAMADA SUSAH ATAUPUN SENANG. ADAKAH KITA BERSEDIA ANDAI KITA DITIMPA MUSIBAH PENYAKIT. APA PERSEDIAAN KITA. BILA ANDA DITIMPA PENYAKIT SIMPANAN KITA AKAN DITERUSKAN DAN KEMUDIAN TABUNG PENYAKIT RM 50,000 AKAN DIBERIKAN KEPADA ANDA.
snow
HOME ME
Kata-kata Hikmah
6/02/2014
Senario Jangkitan Tibi di Malaysia
oleh Bintu Rasyada A. Rahman
Pelbagai cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.
Statistik WHO
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan.
3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya.
Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?
Senario Jangkitan Tibi di Malaysia
Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun. Separuh daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi. Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan yang mana nisbah jangkitan adalah 61 untuk setiap 100,000 penduduk.
Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing.
Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.
Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia, namun lebih tinggi dari negara Singapura.
Tibi dan Pendatang Asing
Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh dikatakan berada pada paras sederhana.
Sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut. Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.
Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.
Negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti Mexico.
Rawatan
Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.
Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama 6 bulan supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.
Cara rawatan adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance tibi). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid,rifampicin, pyrazinamide, streptomycin dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi 2 bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan doktor dijalankan.
Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali seminggu untuk 4 bulan seterusnya. Imbasan sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap 2 bulan sepanjang tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya dalam tempoh 6 bulan).
Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan sampingan yang teruk.
Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80%.
Langkah Pencegahan
Menurut kajian, pesakit yang aktif tibi akan menjangkiti 10 hingga 15 orang di sekelilingnya.
Bagi pesakit yang disahkan tibi mereka perlu :
* Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.
* Ambil cuti dan tidak ke tempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman tibi tersebar.
* Selepas beberapa minggu rawatan, pesakit akan rasa lebih baik dan tidak akan menjangkiti orang lain lagi. Doktor akan menasihatkan waktu yang paling sesuai untuk kembali berkerja atau ke sekolah.
* Asingkan bilik tidur, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan sentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.
* Dari segi ventilasi, pastikan sistem pengudaran rumah dan pejabat dalam keadaan baik. Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik. Ini akan mengurangkan peluang bakteria tibi untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain.
Selain itu, kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti digalakkan tidak mengunjungi hospital bagi mengelakkan penyebaran kuman tibi. Bagi bayi baru lahir, suntikan BCG mampu memberi perlindungan daripada bakteria tibi.
Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.
Tibi seringkali mendapat tempat dalam medium cetak akibat kes ini mudah berjangkit di kawasan sesak dan simptomnya agak berbahaya bagi sesetengah pesakit.
Kemampuan sebaran spora Tibi boleh diminimumkan apabila mengetahui simptom agen jangkitan dan tanda awal.
Golongan berisiko adalah berusia antara 20-40 tahun, mereka yang dijangkiti HIV dan Aids, individu berdekatan pesakit Tibi, pendatang asing, kekurangan zat dan mineral serta daya tahan penyakit, banduan, penghidap kencing manis dan mereka yang kerap berurusan di tempak sesak.
3/10/2014
3/02/2014
Waspada 'strok haba' berikutan cuaca panas - KP Kesihatan
Waspada 'strok haba' berikutan cuaca panas - KP Kesihatan Posted on Sunday, March 02 @ 12:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo |
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.-bernama/bh
Tangani masalah emosi
Tangani masalah emosi
SALWANI MD ZAIN
26 Februari 2014
TIDAK semua orang mampu menangani masalah emosi dan hanya profesional yang mempunyai kepakaran seperti kaunselor boleh membantu meringankan tekanan golongan tersebut.
Melihat akan kepentingan itu, lahir sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia (Pakar Malaysia) ingin mencurah bakti terutama membabitkan rawatan emosi .
"Mereka yang mengalami masalah emosi, tekanan dan masalah peribadi seperti cinta, keluarga dan kerjaya mengelak daripada bertemu dengan psikiatris.
"Ini kerana risau digelar pesakit mental walaupun tidak semua berjumpa psikiatri itu pesakit mental,"kata Presiden Pakar Malaysia, CR Mohd Noor Idris.
Dalam mencari penyelesaian masalah itu, Pakar Malaysia kini mencari alternatif membangunkan Klinik Kaunseling 1Malaysia (KK1M). KK1M akan menjadi titik kepada pelebaran khidmat kaunseling kepada masyarakat.
Apa yang kita sedar sekarang ini bermacam tingkah laku maladaptif (gangguan penyesuaian) dan kecelaruan emosi dialami sekumpulan besar masyarakat kita.
Kes bunuh diri, bunuh anak atau ibu bapa sendiri, kemurungan atau stres melampau adalah kesan daripada kurang daya tahan diri sama ada daya tahan emosi, rohani atau sosial.
Tubuhkan KK1M
Mohd Noor berkata, KK1M yang sedang dibangunkan Pakar Malaysia di Tanjong Malim, Perak itu dijadikan asas dengan harapan akan tertubuhnya KK1M di seluruh parlimen di Malaysia dan sekurang kurangnya setiap parlimen diwujudkan sebuah KK1M, menjelang 2025.
"Kewujudan KK1M akan menjadi dorongan kepada masyarakat untuk lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi permasalahan peribadi, dan kebuntuan mencari jalan penyelesaian akan dapat dibantu dan diatasi oleh kaunselor Pakar Malaysia di KK1M," katanya.
Beliau menambah, selain itu, Pakar Malaysia juga dalam fokus berjuang untuk memohon pihak kerajaan memberi pengiktirafan kepada sijil cuti sakit (MC) yang akan dikeluarkan oleh kaunselor Pakar Malaysia kepada klien yang layak berdasarkan penilaian dan ujian psikologi yang telah dijalankan oleh kaunselor berdaftar.
"Perjuangan ini diharapkan menjadi kenyataan kerana setiap kaunselor berdaftar telah diiktiraf kepakarannya melalui sijil perakuan amalan yang sah sebagai kaunselor profesional oleh pihak kerajaan.
"Ini kerana tidak semestinya hanya mereka yang mengalami gangguan mental dan tingkah laku abnormal sahaja memerlukan cuti rehat yang dikeluarkan oleh doktor psikiatri.
"Klien kaunseling juga memerlukan cuti rehat dan kita perlu ingat majoriti masyarakat mempunyai masalah peribadi, masalah emosi dan masalah kekeluargaan yang kronik tidak mampu memberi tumpuan kepada pelajaran mahupun kerja," katanya.
Bekerjasama dengan LKM
Mengimbau detik penubuhan, beliau berkata, Pakar Malaysia dicetuskan atas kesedaran untuk memastikan adanya pertubuhan khusus yang berperanan membantu Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) untuk menggerakkan kaunselor terlatih berdaftar sebagai kaunselor berdaftar.
Tambahnya, Pakar Malaysia juga berharap akan menjadi satu persatuan profesional yang tunggal dan menjadi rujukan dan penaung utama kepada setiap kaunselor profesional berdaftar di Malaysia. Ini kerana masih belum ada pertubuhan profesional khusus untuk kaunselor profesional yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan yang sah oleh kerajaan.
Dari segi keanggotaan, Pakar Malaysia terdiri daripada empat kategori terdiri daripada ahli biasa (warganegara, dan kaunselor berdaftar dengan perakuan sah), ahli bersekutu terbuka kepada kaunselor berdaftar bukan warganegara Malaysia dengan akuan amalan sah dari LKM dan tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan.
Ketiganya adalah ahli kehormat pula terdiri daripada mereka yang terbukti berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan persatuan. Akhir sekali, ahli seumur hidup, terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran. Yuran keahlian sebanyak RM100 manakala yuran tahunan RM50 dan yuran keahlian seumur hidup RM300.
Tarik lebih ramai keahlian
Pakar Malaysia mempunyai lima matlamat utama iaitu menjaga kebajikan dan kepentingan ahli sebagai persatuan profesional tunggal yang menaungi profesional kaunselor, menyediakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan, nasihat dan konsultasi secara profesional kepada masyarakat.
"Kami melaksanakan program bagi tujuan memartabatkan profesion kaunselor profesional berdaftar dan memiliki perakuan amalan yang sah.
"Kami juga menyokong dasar semasa kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara.
"Usaha seterusnya adalah untuk mengantarabangsakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan, nasihat dan konsultasi secara profesional melalui kerjasama dengan pertubuhan kaunseling antarabangsa," kata Mohd Noor.
Fokus utama persatuan juga untuk meneruskan kempen menarik lebih ramai kaunselor terlatih dari universiti tempatan dan antarabangsa berdaftar dengan LKM dan mempunyai akuan amalan yang sah sebagai seorang kaunselor.
Malah, persatuan juga bergerak berkempen kepada semua guru kaunseling di semua sekolah, pegawai psikologi dan kaunseling di jabatan kerajaan dan pengamal kaunseling untuk berdaftar dengan Lembaga Kaunselor bagi memastikan kebajikan dan hak klien dan kaunselor terjamin.
Pakar Malaysia juga bergiat aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui Street Counselling.
Melalui aktiviti ini Pakar Malaysia menjelajah 30 sekolah untuk menjalankan sesi bimbingan dan motivasi percuma kepada masyarakat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Pada tahun ini program tersebut masih diteruskan dan mendapat respons yang amat positif dengan 47 sekolah telah mendaftar.
Pakar Malaysia mengalu-alukan individu dan pihak korporat yang ingin memberi sumbangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)