snow

Kata-kata Hikmah

2/25/2014

Demystifying Cough Medicines – Mr. Mark Cheong

Demystifying Cough Medicines – Mr. Mark Cheong

Source: www.hcwreview.com
Source: www.hcwreview.com
Pop into any pharmacy and walk over to the shelf where they keep the cough syrups. You will notice that there are so many brands of cough medicines, each claiming to be better than the others. You may even be familiar with some of them thanks to their extensive advertising on TV.  Despite the extensive range of cough syrups, the truth is that most of them share the same ingredients. So what are these ingredients and what do they do?
One of the most common ingredients is guaifenesin. Guaifenesin is categorized as an expectorant. Expectorants help with productive cough by helping one expel phlegm and other secretions from the airway, reducing irritation and discomfort. Guaifenesin can be safely given to children. There are also no significant cautions or side effects associated with it and there are also no significant interactions with other prescription medicines. Diabetic patients can also look out for sugar-free formulations of guaifenesin.
The next few commonly available ingredients belong to the category of cough suppressants (or antitussives). These include codeine (which is not readily available over the counter these days), pholcodeine and dextromethorphan. Antitussives are often taken for non-productive cough but research has not been able to convincingly determine any benefits to taking antitussives. As such, most healthcare professionals recognize the limited role of cough suppressants and will often recommend patients to take more fluids instead.
Source: www.hcwreview.com
Source: www.hcwreview.com
Codeine, pholcodeine and dextromethorphan should be taken cautiously due to the potential for adverse side effects and their ability to interact with prescription medication. Side effects can include sedation and constipation. Asthmatics should also be cautious when taking these medications as they may theoretically cause respiratory depression (medical term that is used to describe any condition in which an individual’s respiration has a rate below 12 breaths per minute or simply mean a sensation of difficulty in breathing). Codeine, pholcodeine and dextromethorphan should also be avoided by pregnant women in the third trimester.
Many cough mixtures and preparations available also include antihistamines and some of the commonly used antihistamines include diphenhydramine, chlorpheniramine, promethazine and triprolidine. Antihistamines are thought to help in cough by drying up the secretions from mucous membranes while the sedative effects can help a person suffering from cough to have a better night’s sleep.  The side effects of antihistamines include dry mouth, constipation and sedation. Use of antihistamines in children should be done cautiously while their use for children below the age of 2 is very highly discouraged unless deemed necessary by a doctor.

Mr. Mark Cheong is a pharmacist currently working in Kuala Lumpur. His research interests lie in the implementation strategies of public health measures. Find out more about him at The Team page.

References
  • British National Formulary, 66th Edition, September 2013

Terjemahan Malay
Pop ke dalam mana-mana farmasi dan berjalan ke rak di mana mereka menyimpan ubat batuk . Anda akan mendapati bahawa terdapat banyak jenama ubat batuk , setiap yang mengaku sebagai lebih baik daripada yang lain. Anda juga mungkin biasa dengan sebahagian daripada mereka terima kasih kepada pengiklanan yang luas di TV. Walaupun pelbagai meluas ubat batuk , yang sebenarnya ialah bahawa kebanyakan mereka berkongsi bahan-bahan yang sama. Jadi apakah bahan-bahan ini dan apa yang mereka buat ?
Salah satu bahan yang paling biasa adalah guaifenesin . Guaifenesin dikategorikan sebagai ekspektoran An. Expectorants membantu dengan batuk yang produktif dengan membantu satu mengusir kahak dan rembesan yang lain dari saluran udara , mengurangkan kerengsaan dan tidak selesa. Guaifenesin boleh diambil dengan selamat diberikan kepada kanak-kanak. Terdapat juga ada amaran penting atau kesan sampingan yang dikaitkan dengannya dan ada juga tiada interaksi yang signifikan dengan ubat-ubatan preskripsi lain. Pesakit kencing manis juga boleh melihat keluar untuk rumusan gula-gula daripada guaifenesin .
Beberapa bahan-bahan yang biasa didapati seterusnya tergolong dalam kategori suppressants batuk (atau antitussives ). Ini termasuk codeine (yang tidak mudah didapati di kaunter hari ini) , pholcodeine dan dextromethorphan . Antitussives sering diambil untuk batuk tidak produktif tetapi kajian telah tidak dapat meyakinkan menentukan apa-apa faedah kepada mengambil antitussives . Oleh itu , profesional penjagaan kesihatan yang paling mengiktiraf peranan terhad suppressants batuk dan selalunya akan mengesyorkan pesakit untuk mengambil lebih banyak cecair sebaliknya.
Sumber : www.hcwreview.com
Sumber : www.hcwreview.com
Codeine , pholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana kemungkinan kesan sampingan yang buruk dan keupayaan mereka untuk berinteraksi dengan ubat-ubatan preskripsi. Kesan-kesan sampingan boleh termasuk ubat pelali dan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati apabila mengambil ubat-ubatan kerana ia secara teori boleh menyebabkan kemurungan pernafasan ( istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa keadaan di mana pernafasan seseorang individu mempunyai kadar yang di bawah 12 nafas seminit atau hanya bermakna sensasi kesukaran bernafas ). Codeine , pholcodeine dan dextromethorphan juga harus dielakkan oleh wanita hamil pada trimester ketiga.
Banyak campuran dan persediaan yang ada batuk juga merangkumi antihistamin dan beberapa antihistamin biasa digunakan termasuk diphenhydramine , chlorpheniramine , promethazine dan triprolidine . Antihistamin dianggap membantu dalam batuk oleh pengeringan rembesan dari membran mukus manakala kesan sedatif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik . Kesan-kesan sampingan termasuk antihistamin mulut kering, sembelit dan ubat pelali. Penggunaan antihistamin pada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati manakala penggunaannya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 adalah sangat sangat tidak digalakkan kecuali jika difikirkan perlu oleh doktor.

Bahaya Ubat Batuk dan Selesema Terhadap Kanak-kanak

Bahaya Ubat Batuk dan Selesema Terhadap Kanak-kanak – Encik Mark Cheong

Source: http://parenthots.com
Source: http://parenthots.com
Jika ditanya kepada mana-mana ibu bapa, pasti mereka akan bersetuju bahawa anak kecil yang mengalami batuk dan selesema adalah antara  perkara yang paling sukar untuk ditangani. Seorang kanak-kanak pasti tidak dapat bernafas dan tidur dengan selesa sekiranya hidung mereka tersumbat. Semestinya setiap ibu bapa yang pernah berjaga malam ketika anak tidak sihat sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan rawatan atau ubat yang dapat melegakan anak mereka supaya kembali nyenyak.
Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa organisasi kesihatan seluruh dunia secara amnya telah mengeluarkan amaran keras tentang penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sekiranya tanpa arahan para doktor. Amaran ini telah dikeluarkan sejak beberapa tahun yang lalu. Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun. Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor. Situasi ini menggambarkan betapa perlunya informasi tentang bahaya ubat-ubat ini disebarkan di kalangan ibu bapa.
Ubat-ubat ini termasuk yang mengandungi kompaun yang mampu melegakan hidung tersumbat seperti ephedrine, pseudoephedrine, atau phenylephrine, antihistamin yang membawa kesan mengantuk seperti diphenhydraminebrompheniramine, promethazine atauchlorpheniramine serta ubat mengeluarkan kahak seperti guaifenesin dan ipecacuanha. Kumpulan ubat yang paling membimbangkan adalah antihistamin yang membawa kesan mengantuk (antihistamin generasi pertama).
Mengapa amaran dikeluarkan?
Di Amerika Syarikat, isu-isu seperti penyalahgunaan ubat, preskripsi ubat yang tidak tepat, pengambilan ubat secara berlebihan dan penggunaan gabungan ubat-ubat yang tidak sesuai adalah di tahap membimbangkan. Lebih menggerunkan, terdapat juga kes-kes yang melibatkan kesan sampingan buruk atau kematian kanak-kanak di bawah umur 2 tahun yang diberi ubat batuk dan selesema ini.
Hasil kajian dan penyelidikan pemasaran ubat mendapati bahawa tiada bukti yang kukuh menunjukkan keberkesanan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun. Apabila risiko kesan sampingan negatif diambil kira, tiada justifikasi untuk pemberian ubat-ubat ini kepada kanak-kanak.
Source: http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2011/dec/19/should-i-use-cough-syrup
Source: http://www.theguardian.com
Apakah kesan sampingan yang lazim ubat-ubat ini?
Antihistamin generasi pertama mampu meresap ke bahagian otak dengan mudah menyebabkan kesan sampingan lebih dirasai berbanding dengan antihistamin generasi kedua yang hanya diserap dalam kuantiti yang sedikit. Ubat ini lebih berkesan kepada organ sasaran selain otak. Walaupun begitu, penggunaan antihistamin generasi kedua (cetirizineloratidine) tetap tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.
Antihistamin generasi pertama juga boleh menyebabkan mengantuk, pening dan hilang koordinasi badan. Kesan-kesan lain pula termasuk ketar pada anggota badan, halusinasi dan sawan. Kanak-kanak yang diberi dos ubat yang berlebihan mungkin boleh mengalami kesukaran bernafas, koma dan seterusnya, kematian. Ubat antihistamin generasi kedua juga boleh menyebabkan mengantuk, peningkatan kadar denyutan jantung dan sakit kepala.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi kanak-kanak yang terlalu kecil untuk menggunakan ubat batuk dan selesema?
Terdapat beberapa saranan iaitu: -
  1. Penggunaan ‘mist humidifier’ dapat membantu melegakan  hidung tersumbat dan memudahkan pernafasan.
  2. Titisan cecair saline atau semburan saline mengekalkan kelembapan rongga hidung dan mengelakkan hidung tersumbat.
  3. Hidung kanak-kanak terutama yang berumur kurang daripada setahun boleh disedut menggunakan picagari ‘bulb’ beserta atau tanpa titisan saline.
Jika anak saya berumur lebih 2 tahun dan diberi ubat batuk atau selesema?
Ibu bapa harus berjaga-jaga dan
  1. Sentiasa peka dan ikut arahan dan informasi yang terdapat pada label ubat.
  2. Jangan melebihi dos yang ditetapkan meskipun kanak-kanak tersebut seakan tidak menunjukkan tanda-tanda positif dengan dos yang disarankan.
  3. Sukatan ubat haruslah dilakukan menggunakan sudu penyukat atau picagari yang disediakan bersama ubat tersebut. Jangan menggunakan sudu makan yang biasa dengan aggapan bahawa 1 sudu kecil bersamaan dengan 5 ml.
  4. Jangan menggabungkan ubat batuk/selesema berlainan tanpa arahan daripada doktor atau ahli famasi.
Sila dapatkan kepastian daripada ahli farmasi atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Mr. Mark Chong seorang ahli farmasi yang bekerja di Kuala Lumpur. Bidang penyelidikan beliau termasuklah strategi perlaksanaan langkah-langkah kesihatan awam. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team. Artikel ini diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi bedasarkan artikel The danger of cough & cold products for infants & small children – Mr. Mark Cheong
Rujukan:
  • An Important FDA Reminder for Parents: Do Not Give Infants Cough and Cold Products Designed for Older Children (www.fda.gov)
  • TGA Announcement: Cough and cold medicines in children (www.tga.gov.au)
  • Sedating Antihistamines in Children – Not a Good Choice. J PRIM HEALTH CARE 2013;5(2):162–163.
  • Children and Sedating Antihistamines. New Zealand Medicines and Medical Devices Safety Authority (www.medsafe.govt.nz)

Penjelasan Tentang Ubat Batuk – En. Mark Cheong

Penjelasan Tentang Ubat Batuk – En. Mark Cheong

Source: www.hcwreview.com
Source: www.hcwreview.com
Tatkala memasuki sesebuah farmasi sambil berjalan ke arah rak di mana tersusunnya ubat batuk dan terlihatlah pelbagai jenama ubat batuk, setiap satunya terpampang bukti kehebatan tersendiri pada botolnya. Terdapat juga ubat batuk yang amat dikenali, hasil daripada liputan meluas melalui pengiklanan di kaca televisyen. Walaupun terdapat pelbagai jenis ubat batuk, hakikatnya kebanyakannya terdiri daripada bahan buatan yang sama. Persoalannya; apakah kandungan ubat batuk itu dan apakah fungsi mereka?
Guaifenesin adalah satu antara bahan-bahan yang kebiasaannya terdapat dalam ubat batuk. Kandungan Guaifenesin ini dikategorikan sebagai expectorant.Expectorant membantu membuang kahak dan rembesan-rembesan yang lain melalui saluran pernafasan, mengurangkan kerengsaan serta ketidakselesaan pada saluran pernafasan. Guaifenesin adalah selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ia tidak mengandungi amaran penting atau tiada kesan sampingan yang berkaitan serta tiada interaksi yang signifikan terhadap preskripsi ubat-ubatan yang lain. Pesakit kencing manis juga boleh mendapatkan formulasi guaifenesin yang bebas gula.
Terdapat beberapa jenis bahan lain yang wujud dalam kandungan ubat penahan batuk (atau dikenali sebagai Antitussive). Ini termasuklah ‘codeine’ (di mana ia agak sukar didapati melalui pembelian-di-kaunter pada masa kini), pholcodeine dandextromethorphanAntitussive sering diambil sebagai ubat untuk batuk yang tidak produktif , namun kajian menunjukkan bahawa ubat ini tidak membawa sebarang faedah. Oleh itu, kebanyakan doktor mengakui tentang peranan ubat penahan batuk yang agak terhad, sebaliknya menyarankan agar para pesakit memperbanyakkan amalan meminum air.
Source: www.hcwreview.com
Source: www.hcwreview.com
Codeinepholcodeine dan dextromethorphan perlu diambil dengan berhati-hati kerana berpotensi memberikan kesan sampingan terhadap ubat-ubatan lain yang telah dibekalkan terdahulu. Antara kesan-kesan sampingannya ialah membawa kepada pelalian dan juga boleh mengakibatkan sembelit. Pesakit asma juga perlu berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan ini kerana secara teori ia boleh membawa respiratory depression (istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana kadar pernafasan seseorang individu di bawah 12-nafas setiap minit atau bermakna kesukaran bernafas). Codeine,pholcodeine dan dextromethorphan harus dielakkan oleh wanita hamil pada usia trimester ketiga kandungan.
Kebanyakan campuran dan persediaan ubat batuk yang ada mengandungi antihistamin dan terdapat beberapa jenis antihistamin yang biasa digunakan adalah termasuk diphenhydraminechlorpheniraminepromethazine dan triprolidine. Antihistamin dianggap dapat membantu; dengan mengeringkan rembesan dari saluran pernafasan, manakala kesan sedatif boleh membantu seseorang yang mengalami batuk untuk mempunyai tidur malam yang lebih baik. Antara kesan-kesan sampingan antihistamin adalah seperti mulut kering, sembelit dan juga pelalian. Penggunaan antihistamin kepada kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati, manakala untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah tidak digalakkan; melainkan jika terdapat kebenaran dari doktor.
En. Mark Cheong ialah seorang Ahli Farmasi yang bertugas di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai minat terhadap strategi langkah-langkah kesihatan awam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ‘The Team’ dalam ruangan ini.
Artikel ini diterjemah dari “http://www.mmgazette.com/demystifying-cough-medicines-mr-mark-cheong/” oleh Cik Raja Maizatul Azaria.
Rujukan:
  • British National Formulary, Edisi 66, September 2013.

Adakah Vitamin dan Zat Galian Tambahan Satu Keperluan?

Adakah Vitamin dan Zat Galian Tambahan Satu Keperluan? – Dr. Rizin Kusop

Sumber: www.mdwls.com
Sumber: www.mdwls.com
Jawapan bagi persoalan ini adalah YA. Namun, sekiranya anda hidup setengah juta tahun dahulu, jawapannya adalah TIDAK.
Beri saya peluang untuk memberi penjelasan.
Vitamin dan zat galian sangat penting dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai tindakbalas biologi badan. Fungsi badan ini menentukan tahap kesihatan setiap individu.
Nenek moyang kita yang hidup beribu atau beratus tahun dahulu hidup sebagai pemburu dan pengumpul makanan. Ini bermaksud makanan yang mereka makan didapati secara semulajadi daripada haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Makanan ini dimakan hampir serta merta dan mentah. Mereka tidak menternak atau bertani. Mereka tidak memerlukan vitamin atau zat galian tambahan.
Sebaliknya, makanan anda datang dari pasar raya. Makanan ini telah diproses. Kemungkinan besar, ia telah dituai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lepas. Ia ditanam dalam kawasan tanah yang sama setiap tahun. Ia disembur dengan racun perosak dan bahan kimia yang berlainan. Ternakan juga telah diberi makan antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan yang tidak sihat serta membesar dalam sangkar yang sempit dan kondisi di mana memungkinkan ternakan senang mendapat penyakit. Tambahan lagi, makanan itu barangkali tiba di atas pinggan setelah terlebih masak dan diolah menjadi pelbagai bentuk yang tidak menyerupai keadaan asalnya.
Sekiranya makanan sebegini yang anda makan, kemungkinan makanan tersebut mengandungi kandungan vitamin dan zat galian yang cukup adalah amat tipis. Zat galian berpunca dari tanah. Sekiranya tanaman ditanam pada kawasan tanah yang sama setiap tahun, kehilangan zat galian akan berlaku. Baja kimia hanya mampu menyediakan nitrogen, fosforus dan kalium. Bagaimana pula dengan boron, selenium, kromium, magnesium dan sebagainya? Vitamin C sekali pun tetap memerlukan sekurang-kurangnya zat galian fosforus yang disintesis oleh tumbuhan.
Tambahan lagi, sebanyak 70-90 peratus vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan makanan. Vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren dari kebun organik (kebanyakan oren tidak berasal dari kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100 mg. Apabila oren yang sama tiba ke tangan anda, kandungan Vitamin C yang berbaki adalah hanya 20 mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi vitamin tambahan untuk badan anda.
Anda memerlukan vitamin atau zat galian tambahan bukan kerana anda tidak mendapat khasiat tersebut daripada makanan anda; tetapi kerana makanan anda tidak dapat khasiat daripada tanah (atau khasiat itu telah hilang sebelum makanan tersebut tiba ke pinggan anda). Tambahan pula, kemungkinan besar anda tidak memakan variasi makanan secukupnya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat vitamin dan zat galian. Dalam tempoh seminggu lepas, berkemungkinan besar anda hanya memakan beras diproses, bijiran diproses, gula diproses, garam diproses, kobis, ayam, daging yang datang dari ladang. Anda tidak mungkin menemui vitamin atau zat galian dalam kuantiti yang mencukupi di dalam makanan tersebut walaupun anda mencari dengan terperinci sekalipun.
Maka, jika anda beranggapan bahawa anda mampu mendapat semua vitamin dan zat galian yang anda perlukan hanya daripada makanan moden, anda sudah pasti tersilap!
Dr. Rizin Kusop adalah seorang doktor am yang bekerja di Sabah. Beliau mempunyai kepakaran dalm bidang anti-penuaan dan estetika. Kenali beliau di laman The Team. Artikel ini telah diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi daripada artikel asal Do we need vitamin and mineral supplements? 
Rujukan: 
  • Vitamins, minerals, and mood. Kaplan, Bonnie J.; Crawford, Susan G.; Field, Catherine J.; Simpson, J. Steven A. Psychological Bulletin, Vol 133(5), Sep 2007, 747-760.

Tak Kenal Maka Tak Cinta: Kenalpasti Ubat-Ubatan Anda

Tak Kenal Maka Tak Cinta: Kenalpasti Ubat-Ubatan Anda – Mejar Dr. Norhasyimah Mahadi

Source: www.kidneybuzz.com
Sumber: www.kidneybuzz.com
Seringkali dalam tugasan harian saya sebagai pegawai perubatan di klinik kerajaan, masih ada pesakit yang tidak tahu jenis ubat yang mereka makan malah ada yang tidak tahu penyakit yang dihidapi diri sendiri! Masih ada di kalangan pesakit tidak pasti atau tidak dapat mengecam nama ubat yang mereka telah ambil bertahun tahun. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada bentuk rupa, saiz dan warna sesuatu ubat. Apabila ditanya, respon yang sering diberi ‘bewarna putih’ , ‘berbentuk bulat’ dan sebagainya. Tabiat ini mungkin tidak menjadi satu masalah sekiranya ubat ubatan tersebut merupakan ubat yang biasa digunapakai di klinik – klinik di negara kita seperti ubat demam ‘paracetamol’ atau tersohor dengan panggilan  ‘ubat KK’  atau ‘ PCM’. Harus diingatkan ia juga mampu mengancam nyawa anda sekiranya anda gagal mengenal pasti ubat yang anda alah atau allergik.
Ubat generik atau Ubat berjenama?
Sesuatu ubat itu boleh dikeluarkan sebagai ubat generik atau ubat berjenama. Kandungan ubat tetap sama dan menghasilkan kesan yang sama. Maksudnya, sesejenis ubat itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan warna berdasarkan  kategori ubat yang disebutkan tadi. Malah bagi kategori ubat berjenama yang sama, kandungan atau dos untuk setiap biji boleh jadi berbeza. Di klinik saya bertugas, ubat berjenama yang sering diguna, contohnya ubat darah tinggi jenama Norvasc (amlodipine) terdapat dalam 2 dos iaitu 5mg dan 10mg terkandung dalam setiap satu biji. Di klinik kerajaan yang lain pula ada yang menggunakan ubat generik Vamlo 5mg (amlodipine) bagi kegunaan yang sama. Manakala kebanyakkan klinik-klinik swasta pula lebih cenderung kepada penggunaan ubat ubat berjenama,  termasuk kedai-kedai farmasi ubat.
Pengetahuan tentang ubat generik dan berjenama ini mampu  mengelakkan kekeliruan pengambilan ubat ubatan. Ada di antara pesakit kes kronik saya sendiri yang sebelumnya sering mendapat ubat berjenama berasa bimbang untuk memakan ubat apabila dibekalkan ubat generik pada lawatan klinik pada masa lain. Mereka merujuk kepada kotak ubat yang berbeza  dari kebiasaan yang dibekalkan dan khuatir  telah berlaku kesilapan pemberian ubat.
Nak makan 1 biji ke 2 biji ?
Ubatan yang dari jenis yang sama juga boleh berbeza dari segi dos. Maksudnya,  dos atau kuantiti yang terkandung dalam setiap satu pil atau biji ubat akan menentukan berapa biji yang perlu dimakan setiap kali ubat diambil. Contohnya ubat darah tinggi jenis “Norvasc” boleh didapati dengan dos  5mg dan 10mg setiap satu.
Cuba kita renungkan situasi di bawah ;
Encik Ahmad yang menghidap darah tinggi telah diarahkan untuk mengambil dos ubat Norvasc sebanyak 10mg sehari.
Jika beliau diberi dos Norvasc 5mg dari kaunter farmasi, berapa biji Norvasc yang harus ditelan?
Sekiranya ubat Norvasc yang dibekalkan adalah NOrvasc 10mg , berapa biji pula nak di makan?
Ya. Jawapannya mudah. Encik Ahmad perlu makan 2 biji sekaligus jika dibekalkan Norvasc 5mg manakala  hanya 1 biji sahaja bagi Norvasc 10mg. Begitulah juga sebaliknya sekiranya beliau diarahkan untuk mengambil Norvasc 5mg sehari di mana hanya perlu makan setengah dari ubat Norvasc 10mg yang telah dipotong kepada dua bahagian . Ada pesakit beranggapan dos ubat darah tinggi mereka telah dikurangkan kepada separuh!
Sumber: www.nydailynews.com
Sumber: www.nydailynews.com
Kenali Ubat Anda
Kepekaan anda tentang apa ubat yang anda makan  membantu  anda menguruskan penyakit dengan lebih baik dan efektif . Ianya juga dapat mengelakkan pengambilan ubat secara berlebihan atau tidak optima.
Di antara perkara asas anda perlu tahu tentang ubat anda :
  1. Nama
  2. Kegunaan
  3. Jumlah dos perlu diambil dan kekerapan & tempoh pengambilan ubat
  4. Cara penggunaan
  5. Cara penyimpanan
  6. Kesan sampingan ubat & amaran khas berkaitan ubat
  7. Tarikh luput
Anda boleh merujuk kepada label ubat dan panduan penggunaan ubat jika disertakan bersama dan merujuk lebih lanjut kepada pegawai farmasi atau pegawai perubatan yang merawat anda. Perkhidmatan atas talian juga disediakan oleh Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan dan anda juga boleh menghubungi talian bebas tol  ‘ Kenali Ubat Anda ‘ di 1-800-88-6722
Rujukan:

Nanti Buah Pinggang Saya Rosak!

Nanti Buah Pinggang Saya Rosak! – Dr. Aneesa Abdul Rashid

Sumber: www.wisegeek.com
Sumber: www.wisegeek.com
Sebagai seorang pegawai perubatan yg bekerja di klinik, saya seringkali berhadapan dengan situasi sebegini. Senario ini tidak asing bagi kami yang berhadapan dengan pesakit terutamanya pesakit kronik/ penyakit tidak berjangkit.
Pesakit kronik/ penyakit tidak berjangkit ( NCD)
Penyakit ini lazimnya terdiri daripada 3 penyakit utama iaitu:
  1. Darah tinggi
  2. Kencing manis
  3. Kolesterol
Ketiga-tiga penyakit di atas mempunyai kadar peratusan yang tinggi di negara ini.
  1. Darah tinggi (43.5 %- umur lebih 30)
  2. Kencing manis (21%)
  3. Berat badan berlebihan dan obesiti (44%)
Sebenarnya apa yang membahayakan pesakit adalah pembunuh dalam diam iaitu kesan jangka masa panjang penyakit yg tidak terkawal. Ia merupakan risiko kepada penyakit seperti strok, penyakit jantung dan buah pinggang.
Penyakit tidak berjangkit dan komplikasi
Apabila badan berhadapan dgn penyakit kronik, pembuluh darah akan menebal dan saluran darah akan cenderung untuk tersumbat. Apabila ia tersumbat,  ia akan menghalang peredaran darah ke anggota-anggota penting badan seperti otak, jantung, buah pinggang dan saraf-saraf.
Oleh disebabkan perkara di atas, doktor akan memberikan ubat kepada pesakit untuk mengembalikan fisiologi pesakit kepada paras normal. Dengan ini risiko komplikasi seperti strok, serangan jantung dan kerosakan buah pinggang akan berkurangan.
Sumber: sites.tufts.edu
Sumber: sites.tufts.edu
Ubat penyebab rosak buah pinggang?
Sebelum sesuatu ubatan dipasarkan, pelbagai ujikaji yg telah dijalankan utk memastikan kualiti dan keselamatan ubatan tersebut. Malah, terdapat banyak garis panduan utk dirujuk oleh para profesional kesihatan berkenaan sesuatu penyakit dan ubatnya.
Ujikaji dan garis panduan ini akan dikawal oleh agensi dan persatuan-persatuan profesional di seluruh dunia.
Selain itu, pesakit akan menjalani ujian darah dan ujian klinikal yg lain bagi memastikan tahap kesihatan dan perkembangan organ-organ dalaman. Ini adalah tujuan utk memantau dan menjaga organ-organ tersebut.
Namun begitu, ada beberapa ubat yg boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Selalunya ubatan ini adalah ubat yg diambil sendiri oleh pesakit tanpa pengetahuan doktor. Ubat yg dimaksudkan adalah seperti ubat tahan sakit (NSAIDs) dalam kuantiti yg banyak, ubatan tradisional, herba dan rawatan alternatif yg mungkin bercampur atau mengandungi bahan yg merosakkan buah pinggang. Senario yg biasa adalah pesakit akan mengambil ubatan sendiri atau bertukar tukar doktor tanpa pemantauan yg teratur seperti pesakit pesakit kronik.
Makan ubat sahaja, boleh elakkan komplikasi?
Sebenarnya, gaya hidup sihat merupakan faktor yg paling penting. Amalan pemakanan yg sihat adalah sangat kritikal bagi menjamin kesihatan seorang pesakit.
Pemakanan untuk pesakit darah tinggi seharusnya kurang masin. Garam yg disyorkan adalah bersamaan 1 1/4 sudu kecil sehari sahaja. Elakkan makanan sampingan seperti jeruk, kicap, sos tomato dan cili.
Manakala bagi pesakit kencing manis adalah kadar gula yang kurang. Bukan tidak langsung makan nasi misalnya. Makan dalam kuantiti yg kecil dan kerap. Pastikan ada sarapan pagi (8am), minum pagi (10am), makan tengahari (1pm), minum petang (4pm) mkn malam (7 mlm), dan sebelum tidur (10mlm).
Separuh pinggan sayuran, satu suku lauk dan suku lagi nasi. Elakkan minuman manis seperti kopi pracampur dan banyakkn minum air kosong. Bagi pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi pula, elakkan makanan yang digoreng dan berminyak. Lebihkan sup, dan makanan bakar atau stim.
Senaman pula digalakkan selang sehari selama 30min. Contoh aktiviti adalah seperti berjalan laju, berbasikal, badminton dan basuh baju yang banyak.
Jadi, bagaimana hendak memastikan buah pinggang selamat?
Senang sahaja. Ambil ubat yg diperskripsikan, ikut nasihat para profesional, ambil darah bila perlu, ikuti gaya hidup sihat dan jangan lupa datang temu janji.
Dr Aneesa bakal pakar perubatan keluarga yang sangat mementingkan pendidikan pesakit. Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan dan program komuniti.
Rujukan:

Vaksin Pneumococcal


Ini adalah X-Ray bahagian dada, seorang pesakit saya beberapa bulan yang lalu. Adik ini, berusia dua bulan kalau tidak silap, dibawa ibubapanya datang ke Jabatan Kecemasan kerana nafasnya kelihatan laju.

Apa yang dihidapi adik ini, cukup singkat. Dua hari sebelumnya bermula demam, dan cuma pagi hari tersebut nafas laju. Tidak ada masalah lain. Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, bacaan oksigen (SPO2) nya cuma 80%. Doktor menjadi hairan apabila stetoskop diletakkan di bahagian kiri dada, tidak kedengaran apa-apa. Lantas xray ini dilakukan.

Apa yang adik ini hidapi, adalah penyakit jangkitan kuman yang dinamakan "empyema". Apa yang berlaku?

Melalui xray ini, kita dapat lihat, hampir keseluruhan ruang paru-paru sebelah kiri dipenuhi dengan sesuatu, kemungkinan cecair, (dilihat berwarna putih didalam xray). Penuhnya ia, sampai ia menolak jantung adik ini yang sepatutnya di sebelah kiri, menghimpit ke sebelah kanan. Jika diperhatikan juga pada trachea (salur pernafasan), dilihat berwarna agak gelap berbentuk tiub, menyenget ke sebelah kanan dada kecilnya.

Adik ini segera dimasukkan ke wad. Tanpa berlengah lagi, prosedur chest tube insertion dilakukan. Sebuah jarum bertiub akan dicucuk dan dimasukkan ke bahagian kiri dada adik ini. Hasilnya, keluar cecair berupa nanah pekat, bagaikan teh tarik pekat, mengalir keluar dari tiub tersebut.

Selama tiga hari, adik ini dipasang chest tube. Jumlah nanah yang dikeluarkan, hampir 300ml. Hanya selepas nanah dikeluarkan, barulah adik ini semakin kurang penat, dan oksigen badannya semakin pulih.

Nanah yang keluar tersebut, dihantar ke bahagian kaji kuman, untuk mengetahui apakah bakteria punca kepada empyema adik ini.

Keputusannya mendapati, adik ini rupanya terkena jangkitan Streptococcus Pneumoniae.

***

"Ha, houseman mana yang dah ada anak kecil tu, baik hangpa bawak anak-anak kecik hangpa pi ambik vaksin Pneumococcal. Hangpa dah exposed kat patient S.Pneumoniae, takut nanti terbawak balik kat labcoat ke stetoscope ke, berjangkit kat anak-anak hangpa pula."

Nasihat MO kepada para houseman, apabila keputusan kajikuman telah didapati. Vaksin Pneumokokkal sememangnya sudah ada di negara kita, namun dalam bentuk optional dan tidak disubsidikan. Kekurangan bajet menyebabkan kerajaan hanya mampu memberi subsidi ke atas vaksin-vaksin lain untuk mencegah penyakit lain yang LEBIH berbahaya, termasuklah vaksin HPV yang baru diperkenalkan.

Saya tak berminat berdebat dengan anti-vaksin yang mengutuk/memboikot HPV, saya katakan meh ganti saya untuk seminggu in-charge rawatan chemotherapy, dan anda akan dapati pesakit semuda usia 30 tahun, tanpa latarbelakang kelamin yang mencurigakan, sudah dihidapi Kanser Pangkal Rahim.

Berbalik kepada vaksin Pneumococcal, buat masa ini hanya di-provide oleh swasta. Satu suntikan, RM200 kalau tak silap saya. Bagi siapa yang mampu, usahakanlah. The benefit faaaaaar outweight the cost, apatah lagi the risk.

Apa yang terjadi dengan adik berkenaan? Rawatan antibiotik dimulakan segera. Dua minggu antibiotik melalui intravena, diteruskan lagi dengan empat minggu antibiotik yang diberi melalui mulut. Itu pun, tidak ada gerenti, tiada permanent damage ke atas paru-paru anak kecil ini. Paru-parunya mungkin mengalami fibrosis, seterusnya deformed permanently, menyebabkan fungsi pernafasan kanak-kanak ini affected sepanjang hayat.

Ramai yang menolak vaksin, berbangga mengatakan "anak aku tak vaksin, sihat je."

Remember, that xray, could be your child's.

Remember, sebelum anak kecil di atas datang ke hospital, dia mungkin telah bernafas udara yang sama dengan anak anda di nursery.

Atau di pasar malam.
Atau di shopping complex.
Atau di kerusi teksi yang anda duduki.

"Streptococcus pneumoniae is normally found in the nasopharynx of 5–10% of healthy adults, and 20–40% of healthy children. It can be found in higher amounts in certain environments, especially those where people are spending a great deal of time in close proximity to each other (day care centers, military barracks)." - Wikipedia.

http://leokid.my/disclaimer

2/16/2014

Rawatan Lupus Eritematosus: Bagai Menjinak Serigala. 2009. 
Penerbit UKM: Bangi. 
ISBN 978-967-942-898-8 (kulit lembut). 
66 halaman. RM 20.00. 
Norella Kong Chiew-Tong.


Sistematik Lupus Eritematosus (SLE atau LUPUS) merupakan suatu penyakit autoimun kronik yang sering ditemuai di Malaysia, dalam anggaran 11,000 pesakit SLE terutamanya dalam kalangan wanita berusia 15-45 tahun tanpa mengira kaum. Gejala-gejala rumit SLE dicetuskan oleh pengaktifan sistem pertahanan diri sendiri yang merembeskan pelbagai autoantibodi kepada kulit, sendi, membran serosa dan kerap kali diikuti dengan buah pinggang, otak dan system pendarahan. LUPUS berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud ‘serigala’ kerana jika tidak diubati, pesakit kelihatan seperti diserang oleh serigala. Etiopatogenesis SLE melibatkan gen-gen tertentu, jantina ( perempuan), jangkitan virus, kekurangan komplemen semula jadi, cahaya ultraungu dan stres. Kompleks antigen-antibodi akan merangsangkan turutan radang yang akan menyebabkan kerosakan kekal pada organ dan juga membawa maut. Oleh kerana SLE/Nephritis Lupus (NL) adalah penyakit yang berulang-ulang (relapse-remission), penanda-penanda awal seharusnya dikesan secepat mungkin. Walaupun didapati beberapa subset limfosit dan sitokin radang berkaitan dengan aktiviti penyakit SLE, tetapi ujian-ujian tersebut tidak kos-efektif. Pada zaman sebelum adanya ubat steroid, pesakit SLE yang serius mempunyai jangka hayat kurang lima tahun dan yang menghidap NL pula kurang dua tahun. Walaupun penggunaan ubat steroid secara kronik banyak kesan sampingan, kortikosteroid masih menjadi ubat utama dalam rawatan SLE/NL. Rawatan penyakit ini mengandungi tiga fasa – permulaan, pengukuhan dan pengekalan. Di Pusat Perubatan UKM, pesakit-pesakit dirawat dengan agen-agen imunosupresif secara berperingkat (seperti cyclophosphamide, cyclosporine A, mycophenolate mofetil atau azathioprine) di samping penggunaan plasmaferesis atau imunojerapan bagi menapis keluar autoantibodi-autoantibodi berlebihan. Ini diikuti dengan infuse immunoglobulin. Lebih kurang 86 % pesakit dapat dirawat dengan jayanya melalui kaedah tersebut. Pesakit-pesakit yang tidak terkawal atau relaps boleh dirawat dengan kaedah tersebut sekali lagi atau dengan antibodi monoclonal seperti rituximab. Pemindahan sumsum tulang dan sel-sel stem masih di peringkat kajian. Kemandirian pesakit SLE/NL telah meningkat kebelakangan ini dengan tertubuhnya pusat-pusat SLE/NL. Selian daripada kemajuan perubatan dan teknologi, pendidikan dan kaunseling terhadap doktor dan para pesakit serta peningkatan kefahaman dan masyarakat turut membantu. Buat masa ini, ‘sang serigala’ (LUPUS) dapat dijinakkan. Namun, usaha untuk membanteras ataupun menghapuskannya memerlukan lebih banyak masa, tenaga, kewangan dan kajian yang lebih mendalam.

Panduan Am SLE

Panduan Am
Gaya Hidup
  • Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
  • Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
    cahaya matahari yang berlebihan
Ubat
  • Sila ikut arahan doktor
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
  • Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya. Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat
Rawatan susulan
  • Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan
  • Patuhi arahan doktor
Tekanan
  • Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif
  • Sentiasa berfikiran positif
Diet
  • Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
  • Amalkan diet yang seimbang dan sihat
  • Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai SLE, sila hantarkan e-mail kepada kami di alamat pslem@streamyx.com.

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE): Panduan untuk Pesakit

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE): Panduan untuk Pesakit
Fakta Ringkas
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
Siapakah Yang Mendapat SLE?
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.
Statistik di Amerika Syarikat pula menunjukkan wanita Amerika berkulit hitam berisiko lebih tiga kali ganda untuk mendapat SLE berbanding wanita Amerika berkulit putih. Ia juga dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berketurunan Hispanik (Latin Amerika), Asia, dan penduduk asli Amerika. Walaupun SLE boleh melibatkan beberapa orang dalam sebuah keluarga, risiko ahli-ahli keluarga, seperti anak dan adik beradik lelaki atau perempuan, untuk mengidap SLE adalah sangat rendah.
Apakah Yang Menyebabkan SLE?
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
guide-01
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut
Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).
Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.
Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.
Tidak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.
Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.
Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosa SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.
Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”. Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.
Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.
NSAIDs
Bagi mereka yang mengalami sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan. NSAIDs sahaja mungkin digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.
Kesan sampingan NSAIDs ialah sakit perut, pedih hulu hati, cirit, dan pengumpulan air seperti kaki bengkak.
Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.
Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.
Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.
Kerjasama yang rapat antara doktor dan pesakit sangat penting untuk memastikan rawatan yang diterima akan memberi kesan yang baik. Pesakit perlu memberitahu doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala baru untuk mengesan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.
Kualiti Hidup
Walaupun rawatan SLE semakin bertambah baik dan jangka hayat penghidap SLE juga semakin bertambah lama, namun ianya tetap sejenis penyakit kronik yang boleh menghadkan aktiviti seseorang. Biasanya kualiti hidup dibendung oleh gejala seperti keletihan dan sakit sendi. Namun ia bukanlah menggugat nyawa seseorang. Cara yang terbaik mengawal SLE ialah dengan mengambil semua ubat-ubatan seperti yang di tentukan, sering berjumpa doktor anda, dan mempelajari seberapa banyak tentang SLE.
Pesakit-pesakit SLE masih boleh mengekalkan kualiti hidup yang baik, walaupun mereka mempunyai gejala-gejala SLE dan kesan sampingan ubat-ubatan. Satu cara penting untuk menangani SLE ialah dengan memahami impak dari gangguan fizikal dan emosi. Mempelajari mengenal tanda-tanda awal dapat membantu pesakit mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghalang atau mengurangkan intensitinya.
Mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi serta boleh mengelakkan risiko sakit jantung. Walaubagaimanapun seseorang pesakit itu tidak boleh terlalu aktif. Pendekatan yang terbaik ialah dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan berehat dan bersantai.
Pesakit-pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi. Melindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, memakai topi lebar dan payung, serta menyapu krim pelindung cahaya matahari (sun-block) semasa keluar akan dapat melindungi diri daripada komplikasi berkenaan.
Untuk mengekalkan cara hidup sihat, seseorang pesakit SLE perlulah berusaha menjaga kesihatan. Oleh itu sangat penting bagi pesakit SLE mengatur langkah untuk mencapai matlamat kesihatan yang sebenar. Kesihatan itu bermakna badan yang sihat, fikiran yang sihat dan tenang, dan semangat yang kuat. Salah satu matlamat penting kesihatan bagi mereka yang mengidap SLE ialah mengatasi tekanan akibat mempunyai penyakit yang kronik. Cara menangani tekanan secara berkesan adalah berbeza dari seorang keseorang. Di antara pendekatan yang boleh membantu termasuklah senaman, teknik-teknik berehat, dan cara penggunaan masa dan tenaga.
Membina dan mengekalkan sistem sokongan juga amat penting. Sistem sokongan yang berkesan ialah sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan, ahli-ahli perubatan professional, dan kumpulan sokongan seperti Persatuan SLE Malaysia. Dengan menganggotai kumpulan sokongan, seseorang itu akan mendapat bantuan mempertingkatkan emosi, meninggikan maruah dan harga diri, dan mempertingkatkan kemahiran dalam menangani masalah.
Mempelajari tentang penyakit SLE adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengenali SLE dengan lebih dekat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang berpengetahuan tentang penyakitnya akan turut sama mengambil bahagian dalam perawatan diri (self-care), kurang rasa sakit, tidak perlu berjumpa doktor dengan terlalu kerap, dan akan terus aktif.