snow

Kata-kata Hikmah

9/23/2012


PENGENALAN

Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat tambahan yang komprehensif setelah didiagnosa oleh doktor pakar, menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan
Definasi Diagnosis
Mengenal pasti penyakit yang dilakukan oleh pakar perubatan berasaskan kepada bukti terperinci yang diperlukan bagi setiap definasi Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah, disokong oleh bukti radiology, klinikal, histology atau maklumat yang dipersetujui dan diterima oleh Etiqa Takaful.
Sekiranya timbul sebarang kekeliruan sesuatu diagnosis, Etiqa berhak melantik doktor perubatan yang lain untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sebarang bukti-bukti perubatan yang menyebabkan tercapainya diagnosis penyakit tersebut. Pendapat doktor perubatan yang dipilih ini akan menjadi sebahagian daripada bukti-bukti yang menjadi pengikat kontrak diantara Peserta Dilindungi dan Syarikat.
Definasi Doktor Perubatan
Seorang pengamal perubatan berdaftar dalam bidang perubatan dan pembedahan secara moden. Tidak termasuk peserta Sijil ini, suami atau isteri peserta, saudara mara, rakan kongsi, rakan sejawat, ahli dalam perkonsian atau pekerja kepada Peserta yang dilindungi.
PENGECUALIAN

1
Syarikat tidak akan bertanggungjawap sekiranya Penyakit Kritikal wujud sebelum atau pada tarikh penegeluaran Kontrak Asas atau Kontrak Tambahan atau tarikh ia dihidupkan semula atau dalam tempoh 180 hari.
2
Syarikat tidak akan bertanggungjawap sekiranya Penyakit Kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada sebarang kejejasan fizikal dan kesihatau atau penyakit yang wujud sebelum tarikh penegeluaran Kontrak Asas Tambahan atau  tarikh ia dihidupkan semula
3
Kontrak Tambahan tidak melindungi sebarang penyakit selain daripada yang dinyatakan dan diterangkan dalam appendix A, tidak juga melindungi sebarang Penyakit Kritikal, tanda-tandanya yang berlaku sebelum penegeluaran Kontarak Asas atau Kontrak Tambahan ini atau tarikh ia dihidupkan semula, atau dalam tempoh 180 selepasnya
4
Orang yang dilindungi mestilah mengidap Penyakit Kritikal untuk tempoh minimum 30 hari sebelum sebarang tuntutan bayaran dijelaskan. Sekiranya orang yang Dilindungi itu mati akibat Penyakit Kritikal dalam tempoh 30 hari daripada tarikh diagnoskan, tiada sebarang bayaran akan dilunaskan dibawah kontrak tambahan ini
5
Syarikat tidak akan bertanggungjawap sekiranya Penyakit Kritikal tersebut disebabkan oleh mana-mana satu sebab yang dinyatakan dalam kalusa 7 Peruntukan Am (Penegecualian)
6
Kehilangan Orang yang Dilindungi samada di darat, laut, atau udara, miski pun kehilangan itu sebelum tuntutan untuk Kontrak Tambahan dikemukakan kepada Syarikat.

 PENYAKIT – PENYAKIT YANG DILINDUNGI 
1.
Penyakit Koronori Arteri
Atas cadangan Pakar Perunding Kardialogi, pembedahan jantung dilakukan untuk memperbaiki arteri koronari yang sempit atau tersumbat dengan menggunakan graf bypass
Bukti angiografik untuk penyakit tersebut mestilah diserahkan. Angiografik dan Pengkateran Kordiak adalah dikecualikan

 2.
Penyakit Koronari Arteri Serius
Pengecualian pada lumen arteri pada tahap minimum sebanyak tujuh puluh lima peratus (75 %) untuk sekurang-kurangya tiga arteri koronari. Bukti angiografik untuk penyakit tersebut mestilah diserahkan

 3.
Penggantian Injap Jantung (Heart Valve Replacement)
Pengantian satu atau lebih injap jantung sebagai rawatan kepada penyakit injap jantung. Pembetulan atau pembaikan injap jantung dan valvotomi adalah dikecualikan

4.
Pembedahan Aorta
Merujuk kepada pembedahan sebenar untuk penyakit dibahagian aorta yang memerlukan pemotongan atau pembedahan untuk penukaran aorta (yang dikenalpasti berpenyakit) dengan graf. Aorta disini didefinasikan sebagai aorta torasik dan aorta abdominal dan bukan rangkaian-rangkaian aorta

 5.
Kardiomiopati
Pengesahan diagnosis penyakit kardiomiopati oleh pakar perunding jantung dimana terdapatnya gangguan fungsi ventrikular jantung akibat pelbagai punca mengakibatkan kekurangan fizikal sekurang-kurangnya pada tahap III atau IV pada klasifikasi Persatuan Jantung New York Mengenai Kerosakan Kordiak

 6.
Radang Otak (Encephalitis)
Inflamasi parah pada kandungan otak yang menyebabkan gangguan nyata dan kekal pada neurologi (Permanent neurological sequele) seperti yang disahkan oleh pakar undang-undang Neurologi Radang Otak yang berpunca daripada jangkitan kuman HIV adalah dikecualikan

 7.
Ketumbuhan Otak Benigna
Merujuk kepada perihal ketumbuhan otak yang bukan barah, Sista, granulomas, malformasi di dalam atau pada arteri atau vena pada otak, hematorma-hematoma, atau tumor-tumor dalam kelenjar pitulari atau spina adalah dikecualikan

 8.
Meningitis Bakteria (Radang pada membran otak & Saraf Tunjang Akibat Serangan Bakteria
Meningitis bakteria yang menyebabkan inflamasi pada membran otak atau saraf tunjang (Korda spina) yang mengakibatkan kekurangan neurologikal yang kekal, penyakit perlulah didiagonosa dan mendapat pengesahan Pakar Perunding Nerologi (Kaji saraf)

 9.
Penyakit Neuron Motor
Pengesahan dari Pakar Perunding Neurologi diperlukan untuk diagnosisPenyakit Neuron Motor. Punca penyakit ini tidak dapat dikenalpasti. Ciri-cirinya adalah berterusan pada trak kortikospinal & sel exterior horn atau neuron bulbar efference. Ini termasuk spinal muscular dystrophy, progressive bulbar palsy, amyotropic lateralscierosis dan primary scierosis

 10.
Penyakit Parkinson
Pengesahan oleh pakar Neurologi (Kajisaraf) berkenaan diagnosis Parkinson (Paralysis agitan) yang timbul secara spontan (Idiopatik) dan memerlukan rawatan prekursor dopomin. Lain-lain jenis penyakit Parkinson adalah dikecualikan

 11.
Penyakit Alzheimer’s
Diagnosis penyakit Alzhemerls (Pra-demintia seni) yang disahkan secara klinikal yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan secara bebas daripada aktiviti-aktiviti berikut

 i
Perpindahan pergerakan
Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik berdekatan, atau dari satu sudut yang lain di dalam ruang bilik, atau naik atau turun daripada katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal daripada orang lain.

 ii
Pengawalan Otot Usus dan Pundi Kencing
keupayaan untuk mengawal pembuangan air besar dan kecil dalam menjaga kebersihan diri.

 iii
Pemakaian
Merujuk kepada keupayaan untuk memakai atau meninggalkan pakaian sendiri tanpa bantuan orang lain.

 iv
Ke tandas
Keupayaan untuk masuk dan keluar tandas tanpa bantuan orang lain dan lain-lain penjagaan diri yang berkaitan seperti mandi.

 v
Makan
Keupayaan untuk menyuap makanan yang tersendiri dengan sendiri tanpa dibantu.

 12.
Pollomielitis
Diagnosis pasti oleh Pakar Perunding Neurologi (Kaji saraf) berkenaan jangkitan kuman polio yang menyebabkan penyakit yang boleh membawa kelumpuhan yang mana ia dibuktikan oleh kerosakan fungsi motor atau sistem pernafasan yang lemah. Kes yang tidak melibatkan kelumpuhan adalah tidak layak mendapat manfaat ini.

 13.
Multiple Sclerosis
Pengesahan oleh Pakar Perunding Neurologi (Kaji saraf) diperlukan bagi mengenal pasti penyakit Multiple Scelerosis disokong oleh bukti yang klinikal yang menghasilkan defisit neurology dengan tanda-tanda yang melibatkan saraf optik. Stemotak (Brain stem) & saraf tunjang (Spinal cord), bersama-sama dengan ketidakupayaan koordinasi di antara fungsi motor dan deria yang berlanjutan selama enam (6) bulan.

 14.
Sindrom Apallik
Kematian keseluruhan sel-sel pada lapisan luar otak (Kortex otak), yang mana pangkal otak adalah sempurna dan tidak rosak. Pengesahan pakar Perunding Neurologi (Kajisaraf) diperlukan bagi diagnosis penyakit tersebut. Penyakit ini mestilah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangya tiga puluh (30) hari.

 15.
Kelumpuhan / Paraplegia
Kehilangan keupayaan kekal dan keseluruhan pada penggunaan dua atau lebih anggota. Bukti – bukti perubatan mengesahkan keaadaan ini yang diterima mestilah diserahkan

16.
Koma
Suatu keadaan tidak sedar (pengsan), tanpa sebarang reaksi terhadap rangsangan luaran atau pergantungan sistem dalaman yang berterusan kepada sistem sokongan hidup (life support system) untuk jangkamasa sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan kekurangan neurologi kekal. Bukti menyatakan kekurangan neurologikal kekal yang dapat diterima oleh syarikat mestilah diserahkan.

Koma yang berpunca secara langsung akibat penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah dikecualikan.

 17.
Hilang Keupayaan Bebas
Pengesahan dari Pakar Perubatan terdapatnya kehilangan Keupayaan bebas yang menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti-aktiviti harian berikut samada dengan bantuan atau tanpa bantuan alatan mekenikal, rekaan khas atau lain-lain alat bantuan dan adaptasi yang biasa digunakan oleh orang-orang kurang upaya. Untuk tujuan manfaat,’Kekal’ di sini merujuk kepada ketiadaan harapan untuk sembuh dengan bantuan teknologi dan pengetahuan perubatan terkini.

 i
Perpindahan pergerakan
Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik berdekatan, atau dari satu sudut yang lain di dalam ruang bilik, atau naik atau turun daripada katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal daripada orang lain

 ii
Penawalan Otot Usus dan Pundi Kencing
Leupayaan untuk mengawal pembuangan air besar dan kecil dalam menjaga kebersihan diri.

 iii
Pemakaian
Merujuk kepada keupayaan untuk memakai atau meninggalkan pakaian sendiri tanpa bantuan orang lain.

 iv
Ke tandas
Keupayaan untuk masuk dan keluar tandas tanpa bantuan orang lain dan lain-lain penjagaan diri yang berkaitan seperti mandi.

 v
Makan
Keupayaan untuk menyuap makanan yang tersendiri dengan sendiri tanpa dibantu.

 18.
Hilang Upaya Melihat
Kehilangan keupayaan kekal dan keseluruhan untuk melihat menggunakan kedua-dua belah mata samada dari penglihatan yang diperbetulkan (Corrected vision) atau tidak (Uncorrec vision). Bukti yang dapat diterima mengesahkan hilang upaya melihat mestilah diserahkan.

 19.
Hilang Daya Pendengaran
Kehilangan Keupayaan Kekal dan keseluruhan untuk mendengar menggunakan kedua-dua belah telinga. Bukti yang dapat diterima mengesahkan hilang upaya mendengar mestilah diserahkan

 20.
Hilang daya Percakapan
Kehilangan Keupayaan Kekal dan keseluruhan untuk bertutur berpunca dari kerosakan fizikal ke atas kord pertuturan (Vocal cord). Bukti yang dapat diterima mengesahkan hilang upaya bercakap mestilah diserahkan

 21.
Kanser
Merujuk kepada manifestasi tumor malignan (Tumor yang tidak berkapsul dan berupaya menyerap/merebak dan menyebabkan metastasis) termasuk leukaemia dan penyakit haruslah disokong dengan bukti histologi malignan.

Pengecualian daripada manfaat ini adalah semua jenis kanser kulit kecuali melanomasi malgnan, semua jenis tumor yang secara histologi disenaraikan sebagai pra-malignan atau menunjukkan peringkat awal pertukaran malignan, kanser-in-situ dan kanser papilari pada pundi kencing

 22.
Anaemia Aplastik
Kerosakan pasti pada sumsum tulang yang disahkan oleh Pakar Perunding Haematologi (darah) sebagai anaemia aplastik yang mengakibatkan anaemia, pengurangan bilangan neutrophil (Sel darah putih) dalam darah (neutropenia) dan pengurangan bilangan platelet dalam darah (thrombocytopenia) yang memerlukan sekurang-kurangnya salah satu daripada rawatan-rawatan berikut;

i.  Transfusi darah
ii.  Agen peransang sum-sum
iii. Agen imunosupresif
iv. Pemindahan sumsum tulang

 23
Trauma Kepala
Kecederaan pada kepala akibat dari kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian celebral (Seperti yang ditunjukan oleh alat pengesan dan imaging moden serta disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi) mengakibatkan kerosakan fungsi kekal dan ketidakupayaan melakukan tanpa bantuan sekruang-kurangaya tiga (3) dari aktiviti-aktiviti harian berikut;

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan untuk bergerak dari atau ke katil atau ke kerusi dan keupayaan mengawal membuang air besar atau kecil samada menggunakan atau tidak alat-alat mekanikal, alat bantuan khas atau bantuan lain dan penyesuaian yang digunakan untuk orang kurang upaya.

Bagi tujuan manfaat ini, perkataan ‘kekal’ (Permanent) membawa maksud di luar harapan untuk sembuh dengan pengetahuan perubatan dan teknologi terkini.

 24
Kelecuran Utama
Merujuk kepada luka terbakar Tahap Ketiga yang meliputi sekurang-kurangya 20 % bahagian permukaan badan

 25.
Pemindahan Organ Utama
Merujuk kepada pemindahan sebenar jantung (Termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hepar, pankreas atau sumsum tulang sebagai penerima bukan sebagai penderma

 26
Kerosakan Renal (Buah Pinggang)
Kerosakan renal pada peringkat akhir yang dilihat sebagai kerosakan kronik yang kekal pada kedua-dua buah pinggang yang mengakibatkan ketidakfungsian, dimana akibatnya rawatan dialisis yang rutin atau pembedahan pemindahan renal diperlukan

 27
Penyakit Hepar (Hati) yang kronik
Diagnosis peringkat akhir kerosakan hepar/hati dibuktikan dengan tanda-tanda berikut;

i.    Penyakit kuning yang kekal
ii.   Bengkak pada abdomen (asiles) dan
iii.  Gangguan pada fungsi otak disebabkan oleh bahan-bahan toksik       yang dikumuh oleh hepar (hepatic encephalopathy)

Penyakit hepar yang disebabkan oleh penggunaan arak dan pengambilan dadah yang berlebihan adalah dikecualikan

 28
Virus Hepatitis Fulminan
Merujuk kepada virus hepatitis Fulminan yang mengakibatkan kegagalan hepar, yang boleh dilihat sebagai nekrosis, hepar yang berluasa yang mana puncanya adalah selain percubaan membunuh diri, keracunan, pengambilan dadah berlebihan dan pengambilan alkohol berlebihan.

Ciri-ciri penyakit yang perlu dikenalpasti ialah;

i.   Pengecilan saqiz hepar yang ketara
ii.  Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul, hanya
     meninggalkan rangka retikular yang runtuh.
iii.  Kerosakan fungsi hepar yang ketara
iv.  Joundis (penyakit demam kuning) yang berpanjangan.

29Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :


aSejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
bPerubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan 
cKenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amny diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku
Diagnosis  berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
30Penggantian InjapJantungMenjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
31Hipertensi Pulmonari Arterial PrimerBermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
32Pembedahan OtakSebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.
33Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.
Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular.
34Lumpuh ParaplegiaHilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.
35Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:
a
Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
bAnalisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
cDsypnoea semasa berehat.
36Distrofi OtotDiagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:
aSejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
bPresentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
cKarakteristik elektromiaogram
dPengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot
Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diasuranskan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya.

No comments: