snow

Kata-kata Hikmah

7/14/2008

KANSER PUNDI KENCING

Pengenalan

Kanser merupakan penyakit pada sel-sel tubuh. Ia bermula di dalam gen-gen kita. Tubuh kita sentiasa menghasilkan sel-sel baru: untuk membolehkan kita membesar, menggantikan tisu-tisu yang lama, atau untuk memulihkan sel-sel rosak selepas luka. Beberapa gen tertentu mengawal proses ini. Semua kanser berpunca daripada kerosakan kepada gen-gen ini. Kerosakan ini selalunya berlaku semasa hayat kita, walaupun ada sebilangan kecil manusia yang mewarisi gen yang rosak daripada ibu atau apabila mereka dilahirkan. Lazimnya, sel-sel membesar dan membahagi dengan cara yang teratur. Walau bagaimanapun, gen yang rosak akan menyebabkan sel-sel ini bertindak secara abnormal. Mereka mungkin membesar membentuk suatu gumpalan yang dipanggil tumor. Tumor mungkin benigna (tidak berkanser) atau malignan (berkanser). Tumor benigna tidak merebak ke luar batasan normal mereka ke bahagian lain tubuh.
Tumor malignan terdiri daripada sel-sel berkanser. Apabila ia mula terbentuk, tumor malignan ini mungkin berada hanya di tempat asal ia terbentuk, disebut kanser in situ (atau karsinoma in situ). Jika sel-sel ini tidak dirawat, mereka mungkin merebak melepasi batasan normal ke dalam tisu-tisu di sekitarnya (kanser invasif).

Bagi kanser membesar melebih saiz kepala jarum peniti, ia mesti mendapat bekalan melalui salur-salur darah sendiri. Ini dipanggil angiogenesis.
Kadang-kala sel-sel bergerak daripada kanser asal (primer) dan menyerang organ-organ lain. Apabila sel-sel ini sampai ke suatu bahagian yang baru, mereka mungkin akan terus membesar dan membentuk tumor yang lain di situ. Ini dipanggil kanser sekunder atau metastases.

Dalam sesetengah kanser, sel-sel darah tubuh membahagi secara abnormal. Kanser-kanser ini dipanggil leukemia, mieloma dan limfoma.


Pundi Kencing

Pundi kencing ialah suatu organ yang berongga, berotot dan spt belon yang menyimpan air kencing. Ia terletak di bahagian bawah abdomen. Pundi kencing dialaskan suatu membran yang menghalang kencing diserap kembali ke dalam tubuh. Sel-sel membran ini dipanggil sel-sel peralihan atau sel-sel urotelia, dan pengalas membran dipanggil urotelium.

Ginjal atau buah pinggang menghasilkan kencing yang dibawa ke pundi kencing melalui tiub-tiub yang dipanggil ureter. Pundi kencing kemudiannya menyimpan kencing sehingga pundi ini penuh dan dapat dialirkan keluar melalui suatu tiub dipanggil uretra, yang mengalirkan kencing keluar daripada tubuh.
Pada wanita, uretra merupakan tiub yang pendek yang terletak betul-betul di hadapan vagina (kanal lahir). Pada lelaki, tiub ini lebih panjang dan melalui kelenjar prostat dan zakar.

Kanser Pundi Kencing

Hampir kesemua kanser pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas pundi kencing). Ini dipanggil kanser-kanser sel peralihan. Mereka wujud dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai cara yang berbeza.

Banyak kanser-kanser sel peralihan membesar di bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser superfisial. Terdapat dua jenis tumor superfisial: karsinoma in situ, yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada pengalas seperti cendawan. Kadang-kala kanser-kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser invasif. Sel-sel skuama karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis ini biasanya merebak ke dalam lapisan-lapisan pundi kencing yang lebih dalam.

Punca-punca kanser pundi kencing

Beberapa faktor diketahui meningkatkan risiko mendapat kanser pundi kencing.

Merokok merupakan faktor yang paling mustahak. Beberapa bahan kimia yang ditemui di dalam rokok diketahui menjadi punca kanser pundi kencing.

Satu lagi punca utama kanser pundi kencing ialah pendedahan kepada beberapa bahan kimia tertentu di tempat kerja, contohnya bahan yang digunakan di dalam pewarnaan tekstil dan industri getah. Kanser pundi kencing mungkin mula membentuk setelah beberapa tahun selepas terdedahnya kepada bahan-bahan kimia tersebut. Sistis (inflamasi pundi kencing) yang kerap berpunca daripada jangkitan bakteria yang berulang-ulang dan karang pundi kencing telah dikaitkan dengan kanser pundi kencing tetapi ini tidak semestinya menyebabkan kanser ini. Di Mesir dan Asia, jangkitan daripada parasit schistosoma (bilharzia) dikaitkan dengan kanser pundi kencing.

Adakah kanser pundi kencing lazim dialami?

Di Malaysia, lebih daripada 534 orang telah didiagnosis dengan jenis kanser ini setiap tahun.
Kanser pundi kencing lazimnya dialami di kalangan mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan lebih dua kali ganda menyerang lelaki berbanding wanita. Kanser pundi kencing jarang dijumpai pada lelaki dan wanita di bawah umur 40 tahun. Gejala paling biasa kanser pundi kencing ialah hematuria (darah di dalam kencing).
Ini biasanya berlaku tiba-tiba dan amnya tidak menyakitkan. Darah ini mungkin hadir pada suatu hari tetapi hilang keesokannya tetapi lama-kelamaan ia berlaku semula. Kadang-kala gumpalan-gumpalan darah boleh terbentuk. Dan ini mungkin menyebabkan kekejangan otot di dalam pundi kencing. Jumlah darah di dalam kencing tidak berkaitan dengan tahap kanser. Kadang-kala darah hadir dalam jumlah yang mikroskopik (tidak dapat dilihat dengan mata kasar): kanser pundi kencing selalunya dikesan "secara tidak sengaja" melalui ujian-ujian rutin.

Sesetengah orang mungkin merasa pijar semasa mereka membuang air kecil dan perlu membuang air selalu. Ini juga merupakan gejala-gejala kerengsaan pundi kencing dan selalunya bererti jangkitan dan bukannya kanser. Walau bagaimanapun, jika gejala ini berterusan dan tidak hilang setelah mengambil antibiotik, ujian-ujian lanjut mungkin diperlukan. Jika anda melihat sebarang darah di dalam kencing, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Ingatlah bahawa gejala ini lazim terdapat pada banyak keadaan selain kanser, contohnya karang ginjal atau pundi kencing dan pembesaran kelenjar prostat pada lelaki.

2 comments:

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Fatimah Bt Tony said...

Info yang menarik. Terima kasih untuk perkongsian. :)