SETIAP MANUSIA AKAN DI UJI, UJIAN YANG DIBERI SAMADA SUSAH ATAUPUN SENANG. ADAKAH KITA BERSEDIA ANDAI KITA DITIMPA MUSIBAH PENYAKIT. APA PERSEDIAAN KITA. BILA ANDA DITIMPA PENYAKIT SIMPANAN KITA AKAN DITERUSKAN DAN KEMUDIAN TABUNG PENYAKIT RM 50,000 AKAN DIBERIKAN KEPADA ANDA.
snow
HOME ME
Kata-kata Hikmah
12/11/2013
11/22/2013
Sebuah pengalaman Dr Surikhatun
Baru-baru ini sebuah yahoogroups doktor-doktor dikejutkan dengan kematian seorang ibu yang juga kaunselor kesihatan meningal dunia selepas bersalin dirumah disebabkan pendarahan ( post partum haemorrhage ). Kebetulan pula rumahnya di Setapak. Semasa saya mengandung anak ketiga , saya bertugas di Klinik Kesihatan Setapak dan tinggal di Setapak Gardens. Saya memang buat pemeriksaan mengandung di klinik ibu di Setapak dan ada menempah bidan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga , just in case saya tak sempat dikejarkan ke Hospital KL semasa nak bersalin. Pada 26 hb Octoberq 1982 awal pagi sebelum subuh saya mula sakit nak bersalin dan pada pukul 7 pagi sakitnya terlalu kuat dan dalam keadaan mungkin hadapi traffic jam, suami saya jemput bidan kerajaan kerumah dan saya mengalami home birth untuk anak saya ketiga. Mujur bidan kerajaan terlaltih itu amat cekap sebab nak jadi cerita, anak saya susah nak keluar dan nampak kepala , masuk balik , selepas ini berlaku kali ketiga bidan sedari bahawa ada tali pusat keliling leher bayi menghalang kelahirannya. Dia pun potong tali pusat yang belit sebelum keluarkan baby. Baby keluar pucat lesih hampir biru dan sudah tentu Apgar score rendah saat itu. Namun kecekapan bidan itu memulihkan bayi. Suami saya juga seorang doktor telah membuat suction dan sama-sama mereka pulihkan bayi. Syukur anak saya tidak ada cacat dan kini seorang pemuda tampan dan hebat kariernya . Bila saya kenang semula kisah saya timbul kesedaran bahawa saya perlu banyak bersyukur keputusan saya untuk bersalin dirumah tidak menyebabkan kematian anak saya . Kini anak saya ada 2 yang mengandung. Anak bongsu mengandung anak sulungnya, anak sulung saya mengandung anak ketiganya . Memang saya minat home birth dan dengan protokol cara gestapo pihak hospital dimana mereka dengan mudahnya mangambil baby untuk masukkan ke NICU atas apa-apa alasan dan memeberi antibiotik pada saat itu menyebabkan ramai ibu tidak mahu bersalin dihosital kerajaan . Apa pula hospital swasta. Kawan sekolah saya Allayarham Dr Fik meninggal sebab post partum hemorrhage (PPH) selepas bersalin di hospital swasta. Hospital itu tidak lengkap untuk deal dengan PPH dan hantarnya ke hospital kerajaan, sebelum sampai beliau sudah meninggal . Memang saya utarakan dalam yahoogroups tersebut , kalau ibi-ibu nak bersalin dirumah, kerajaan kena jadikan ia seselamat yang mungkin. Maternal mortality antara garis ukur WHO dalam menilai sistem kesihatan Negara dan KKM amat peka dan memantau Maternal Mortality dan saya disaat ini tetap menyuruh anak-anak saya bersalin di hospital kerajaan . Saya harap saya akan ada disisi mereka untuk menghalang taktik-taktik gestapo melakukan episiotomy walapun tak koyak dan memberi pethidine serta anaesthetic walaupun tak perlu..
Subscribe to:
Posts (Atom)