snow

Kata-kata Hikmah

7/14/2008

KANSER TULANG

WALAUPUN tidak berada dalam carta barah, pembunuh utama di kalangan warga Malaysia, barah tulang antara penyakit yang harus diketahui kerana kebiasaannya faktor mencetuskan barah ini berpunca daripada darah yang tercemar.

Jika dilihat secara keseluruhannya, kita memiliki 206 tulang di dalam badan yang memiliki pelbagai fungsi. Pada kebiasaannya barah akan berlaku pada mana-mana bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan.

Kebanyakan barah tulang sebenarnya bukan barah (benign) tetapi sesetengah memang barah (malignant). Benign tumor biasanya tidak merebak ke bahagian lain dan jarang memerlukan rawatan seumur hidup. Walaupun ia mungkin berulang tetapi boleh dibuang melalui pembedahan.

Pakar bedah ortopedik Hospital Pusrawi, Dr Mohd Ismail Maulut, berkata benign bone biasanya membabitkan benjolan pada tulang yang abnormal dan kebanyakannya tidak memerlukan rawatan jika tidak sakit. Malah kadang kala ia boleh hilang dengan sendirinya.

“Walaupun ia tidak bahaya tetapi masih juga memerlukan rawatan jika sakit kerana ada kes benign berubah menjadi barah. Perlu diingat, kadang kala benign tumor tidak ada gejala dan selalunya ditemui secara kebetulan,” katanya.

Malignant tumor pula yang disifatkan sebagai barah, ia berkemampuan untuk ‘menakluk’ dan memusnahkan tisu yang sihat berdekatannya. Sel barah juga boleh mencemarkan aliran darah hingga menyebabkan barah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai metastasis.

Kata Dr Ismail, barah yang bermula di dalam tulang dikenali sebagai barah tulang primary. Ia selalunya ditemui di tangan dan kaki tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian tulang di badan.

“Kanak-kanak dan golongan remaja cenderung untuk berhadapan dengan masalah ini berbanding golongan dewasa,” katanya.

Barah tulang primary dikenali sebagai sarcomas dan terdapat dalam pelbagai jenis dan terjadi di bahagian tisu tulang yang berlainan. Sarcomas yang biasa menyerang adalah osteosarcoma, Ewing’s sarcoma dan chondrosarcoma.

“Osteosarcoma adalah barah tulang yang biasa menyerang golongan muda belasan tahun dengan golongan lelaki lebih terdedah kepadanya berbanding perempuan. Ia akan terjadi di hujung tulang kerana sebagai orang muda di situlah tisu tulang baru tumbuh,” katanya.

Ewing’s sarcoma pula katanya, biasa terjadi di kalangan mereka berusia antara 10 ke 25 tahun. Ia akan bermula di tengah tulang besar seperti tulang pinggul atau tulang yang panjang di bahagian atas lengan dan paha.

Chondrosarcoma biasa terjadi di kalangan orang dewasa. Barah jenis ini terbentuk di bahagian tisu sekeliling sendi. Di kalangan golongan dewasa juga giant cell tumor mungkin boleh terjadi.

“Sebenarnya kanser yang terjadi di dalam tulang agak jarang berlaku. Ia tidak mudah merebak dari satu bahagian tulang ke bahagian tulang yang lain. Jika keadaan ini berlaku, ia tidak dipanggil barah tulang kerana setiap jenis barah dinamakan mengikut organ atau tisu yang terjejas,” katanya.

Jika sel darah sudah terjejas dengan penyakit barah yang lain ia akan turut menjejaskan tulang dan boleh menyebabkan tulang patah.

“Kita panggil keadaan ini barah tulang secondary. Antara barah yang boleh menjejaskan tulang adalah barah payu dara, paru-paru, prostat, buah pinggang dan tyroid,” katanya.

Secara am kata Dr Ismail, punca barah tulang tidak diketahui tetapi ia mungkin terjadi kerana faktor genetik, radiasi seperti nuklear dan trauma. Tetapi dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang spesifik.

“Cumanya apa yang boleh kita katakan pesakit barah tulang meningkat di dalam keluarga tetapi setiap tahun ia hanya membabitkan lima dari sejuta pesakit,” katanya.

FAKTA:
Rawatan

* Pembedahan, radioterapi dan atau kimoterapi.

* Pesakit selalunya dirujuk kepada doktor yang memiliki kepakaran dalam pelbagai rawatan barah. Ini termasuk pakar bedah tulang dan radiasi oncologist.

* Kemungkinan untuk barah terjadi lagi di tempat yang sama masih ada selepas pembedahan. Kerana itu pakar bedah akan membuang barah dan sebahagian tulang yang sihat dan tisu berdekatan tulang yang bermasalah.

* Jika barah tulang terjadi di lengan atau kaki, pakar bedah akan hanya membuang barah dan bahagian berdekatan dan mengantikan sendi yang dibuang dengan alatan besi.

* Kimoterapi biasanya membunuh sel barah. Ia diambil melalui oral atau suntikan ke otot atau salur darah.

* Radioterapi juga memusnahkan sel barah dan menghentikannya dari tumbuh. Dalam sesetengah kes, ia menjadi pilihan berbanding pembedahan.


Gejala

Gejala barah tulang selalunya terbentuk dalam masa yang lama kerana ia bergantung pada jenisnya, bahagian tulang yang terjejas dan saiz barah itu.

* Rasa sakit terutama pada waktu malam.

* Bengkak pada tulang

* Apa yang perlu anda tahu


Barah jarang terjadi di dalam tulang.

Tidak mustahil barah boleh merebak dari tulang ke bahagian lain di dalam badan.

Kesakitan adalah tanda yang kerap dikaitkan dengan barah tulang.

Diagnosis barah tulang selalunya disokong dengan penemuan dari rekod perubatan dan pemeriksaan, darah, ujian x ray dan ujian patologis.

Rawatan barah tulang bergantung pada jenis, lokasi, saiz, usia dan keadaan kesihatan pesakit selain keadaan barah itu.

KANSER PUNDI KENCING

Pengenalan

Kanser merupakan penyakit pada sel-sel tubuh. Ia bermula di dalam gen-gen kita. Tubuh kita sentiasa menghasilkan sel-sel baru: untuk membolehkan kita membesar, menggantikan tisu-tisu yang lama, atau untuk memulihkan sel-sel rosak selepas luka. Beberapa gen tertentu mengawal proses ini. Semua kanser berpunca daripada kerosakan kepada gen-gen ini. Kerosakan ini selalunya berlaku semasa hayat kita, walaupun ada sebilangan kecil manusia yang mewarisi gen yang rosak daripada ibu atau apabila mereka dilahirkan. Lazimnya, sel-sel membesar dan membahagi dengan cara yang teratur. Walau bagaimanapun, gen yang rosak akan menyebabkan sel-sel ini bertindak secara abnormal. Mereka mungkin membesar membentuk suatu gumpalan yang dipanggil tumor. Tumor mungkin benigna (tidak berkanser) atau malignan (berkanser). Tumor benigna tidak merebak ke luar batasan normal mereka ke bahagian lain tubuh.
Tumor malignan terdiri daripada sel-sel berkanser. Apabila ia mula terbentuk, tumor malignan ini mungkin berada hanya di tempat asal ia terbentuk, disebut kanser in situ (atau karsinoma in situ). Jika sel-sel ini tidak dirawat, mereka mungkin merebak melepasi batasan normal ke dalam tisu-tisu di sekitarnya (kanser invasif).

Bagi kanser membesar melebih saiz kepala jarum peniti, ia mesti mendapat bekalan melalui salur-salur darah sendiri. Ini dipanggil angiogenesis.
Kadang-kala sel-sel bergerak daripada kanser asal (primer) dan menyerang organ-organ lain. Apabila sel-sel ini sampai ke suatu bahagian yang baru, mereka mungkin akan terus membesar dan membentuk tumor yang lain di situ. Ini dipanggil kanser sekunder atau metastases.

Dalam sesetengah kanser, sel-sel darah tubuh membahagi secara abnormal. Kanser-kanser ini dipanggil leukemia, mieloma dan limfoma.


Pundi Kencing

Pundi kencing ialah suatu organ yang berongga, berotot dan spt belon yang menyimpan air kencing. Ia terletak di bahagian bawah abdomen. Pundi kencing dialaskan suatu membran yang menghalang kencing diserap kembali ke dalam tubuh. Sel-sel membran ini dipanggil sel-sel peralihan atau sel-sel urotelia, dan pengalas membran dipanggil urotelium.

Ginjal atau buah pinggang menghasilkan kencing yang dibawa ke pundi kencing melalui tiub-tiub yang dipanggil ureter. Pundi kencing kemudiannya menyimpan kencing sehingga pundi ini penuh dan dapat dialirkan keluar melalui suatu tiub dipanggil uretra, yang mengalirkan kencing keluar daripada tubuh.
Pada wanita, uretra merupakan tiub yang pendek yang terletak betul-betul di hadapan vagina (kanal lahir). Pada lelaki, tiub ini lebih panjang dan melalui kelenjar prostat dan zakar.

Kanser Pundi Kencing

Hampir kesemua kanser pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas pundi kencing). Ini dipanggil kanser-kanser sel peralihan. Mereka wujud dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai cara yang berbeza.

Banyak kanser-kanser sel peralihan membesar di bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser superfisial. Terdapat dua jenis tumor superfisial: karsinoma in situ, yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada pengalas seperti cendawan. Kadang-kala kanser-kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser invasif. Sel-sel skuama karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis ini biasanya merebak ke dalam lapisan-lapisan pundi kencing yang lebih dalam.

Punca-punca kanser pundi kencing

Beberapa faktor diketahui meningkatkan risiko mendapat kanser pundi kencing.

Merokok merupakan faktor yang paling mustahak. Beberapa bahan kimia yang ditemui di dalam rokok diketahui menjadi punca kanser pundi kencing.

Satu lagi punca utama kanser pundi kencing ialah pendedahan kepada beberapa bahan kimia tertentu di tempat kerja, contohnya bahan yang digunakan di dalam pewarnaan tekstil dan industri getah. Kanser pundi kencing mungkin mula membentuk setelah beberapa tahun selepas terdedahnya kepada bahan-bahan kimia tersebut. Sistis (inflamasi pundi kencing) yang kerap berpunca daripada jangkitan bakteria yang berulang-ulang dan karang pundi kencing telah dikaitkan dengan kanser pundi kencing tetapi ini tidak semestinya menyebabkan kanser ini. Di Mesir dan Asia, jangkitan daripada parasit schistosoma (bilharzia) dikaitkan dengan kanser pundi kencing.

Adakah kanser pundi kencing lazim dialami?

Di Malaysia, lebih daripada 534 orang telah didiagnosis dengan jenis kanser ini setiap tahun.
Kanser pundi kencing lazimnya dialami di kalangan mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan lebih dua kali ganda menyerang lelaki berbanding wanita. Kanser pundi kencing jarang dijumpai pada lelaki dan wanita di bawah umur 40 tahun. Gejala paling biasa kanser pundi kencing ialah hematuria (darah di dalam kencing).
Ini biasanya berlaku tiba-tiba dan amnya tidak menyakitkan. Darah ini mungkin hadir pada suatu hari tetapi hilang keesokannya tetapi lama-kelamaan ia berlaku semula. Kadang-kala gumpalan-gumpalan darah boleh terbentuk. Dan ini mungkin menyebabkan kekejangan otot di dalam pundi kencing. Jumlah darah di dalam kencing tidak berkaitan dengan tahap kanser. Kadang-kala darah hadir dalam jumlah yang mikroskopik (tidak dapat dilihat dengan mata kasar): kanser pundi kencing selalunya dikesan "secara tidak sengaja" melalui ujian-ujian rutin.

Sesetengah orang mungkin merasa pijar semasa mereka membuang air kecil dan perlu membuang air selalu. Ini juga merupakan gejala-gejala kerengsaan pundi kencing dan selalunya bererti jangkitan dan bukannya kanser. Walau bagaimanapun, jika gejala ini berterusan dan tidak hilang setelah mengambil antibiotik, ujian-ujian lanjut mungkin diperlukan. Jika anda melihat sebarang darah di dalam kencing, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Ingatlah bahawa gejala ini lazim terdapat pada banyak keadaan selain kanser, contohnya karang ginjal atau pundi kencing dan pembesaran kelenjar prostat pada lelaki.

KANSER PERUT

Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.


Gambaran perutApabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.

Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama


Gejala

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:

-Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
-Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
-Mual dan muntah;
-Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
-Kembung perut selepas makan;
-Hilang selera makan;
-Lemah dan letih; dan
-Pendarahan (muntah atau berak berdarah).

Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).



Diagnosis

Untuk menentukan punca gejala, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit, melakukan ujian fizikal, dan mungkin mengarahkan kajian makmal. Pesakit mungkin melalui satu atau kesemua pemeriksaan berikut:

-ujian darah okult najis (Fecal occult blood test)
-Siri GI bahagian atas (Upper GI series)
-Pemeriksaan gastroskopik

Tisu tidak normal yang kelihatan dalam pemeriksaan gastroskop akan di biopsi oleh pakar bedah atau gastroenterologist. Tisu ini kemudiannya akan dihantar kepada patologi untuk pemeriksaan histologi di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Biopsi, dengan analisa histologi berikutnya merupakan satu-satu cara memastikan kehadiran sel barah.


Tahap

Jika ahli patologi menjumpai sel barah dalam contoh tisu, doktor pesakit perlu mengatahui tahap, atau setakat mana, penyakit merebak. Pemeriksaan tahap merebak dan ujian akan membantu doktor mengetahui samada barah telah merebak dan, jika benar, bahagian mana tubuh terbabit. Kerana barah perut mampu merebak ke hati, pankreas, dan organ lain berhampiran perut termasuk juga paru-paru, doktor mungkin memilih imbasan CT (atau CAT), pemeriksaan ultrasound, atau ujian lain untuk memeriksa bahagian ini.

Pentakrifan mungkin tidak akan selesai sehingga selepas pembedahan. Pakar bedah akan membuang nod limfa berhampiran dan mengambil tisu contoh dari kawasan lain di bahagian abdomen. Kesemua contoh ini diperiksa oleh ahli patologi untuk mengesan sel barah. Keputusan mengenai rawatan selepas pembedahan bergantung kepada keputusan ujian ini


Rawatan

Pelan rawatan dirancang oleh doktor menurut keperluan setiap pelanggan. Rawatan untuk barah perut bergantung kepada saiz, lokasi, dan tahap tumor; peringkat perkembangan penyakit; kesihatan pesakit secara umum; dan faktor lain.

Kebanyakan mereka yang mengidap barah ingin mempelajari semua yang mungkin berkenaan penyakit dan pilihan rawatan barah perut agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan rawatan perubatan. Doktor merupakan orang terbaik bagi menjawap soalan berkenaan diagnosis dan rancangan rawatan.

Apabila seseorang disahkan mengidap barah, kejutan dan tekanan (stress) adalah reaksi biasa. Perasaan ini mungkin menjadikan sukar bagi seseorang berfikir mengenai kesemua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Seringkali, ia membantu dengan menyediakan senarai soalan. Bagi membantu mengingati apa yang diberitahu oleh doktor, pesakit boleh mencatat atau bertanya samaada mereka boleh menggunakan pita rakaman. Sesetengah orang juga mahukan ahli keluarga atau rakan mereka bersama-sama ketika berbincang dengan doktor -- to take part in the discussion, to take notes, or just to listen. Patients should not feel the need to ask all their questions or remember all the answers at one time. They will have other chances to ask the doctor to explain things and to get more information.

Apabila berbincang mengenai pilihan rawatan, pesakit mungkin ingin bertanyakan mengenai membabitkan diri dengan kumpulan kajian penyelidikan. Kajian sedemikian, dikenali sebagai ujian klinikal, direka bagi membantu rawatan barah.

Pesakit dan mereka yang tersayang pastinya ragu mengenai keberkesanan rawatan. Kadang kala mereka cuba menggunakan statistik untuk mengetahui samaada pesakit dapat disembuhi, atau berapa lama pesakit mampu hidup. Amat penting untuk diingati bahawa statistik merupakan purata berdasarkan sejumlah besar pesakit. Ia tidak boleh digunakan bagi meramal apa yang akan berlaku kepada seseorang yang khusus kerana tiada dua pesakit barah adalah serupa; rawatan dan tindak balas jauh berbeza. Pesakin mungkin ingin berbincang dengan doktor mengenau peluang untuk sembuh (prognosis). Apabila doktor berbincang mengenai barah, mereka menggunakan istilah pergi (remission) dan bukannya sembuh. Ini disebabkan walaupun ramai pesakit sembuh sepenuhnya, doktor menggunalkan istilah ini kerana ia mampu kembali.

Mendapatkan pendapat kedua

Memutuskan jenis rawatan adalah rumit. Kadang-kala ia membantu pesakit bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai diagnosis dan pelan rawatan. (Some insurance companies require a second opinion; others may pay for a second opinion if the patient requests it.) There are several ways to find another doctor to consult:

-The patient's doctor may be able to suggest a specialist. Specialists who treat this disease include gastroenterologists, surgeons, medical oncologists and radiation oncologists.
-The Cancer Information Service, at 1-800-4-CANCER, can tell callers about treatment facilities, including cancer centers and other programs supported by the National Cancer Institute.
-Patients can get the names of doctors from their local medical society, a nearby hospital, or a medical school.


Cara Perawatan
Barah perut sukar disembuhkan kecuali ia dikesan pada peringkat awal (sebelum ia mula merebak). Malangnya, disebabkan barah perut awal menunjukkan sedikit tanda, penyakit ini biasanya lewat dikesan. Bagaimanapun, barah perut lewat boleh dirawat dan tanda-tandanya dikurangkan. Rawatan bagi barah perut mungkin termasuk pembedahan, kimoterapi, dan/atau rawatan radiasi. Pendekatan rawatan baru seperti rawatan biologi dan peningkatan dalam menggunakan kaedah semasa sedang dikaji dalam ujian klinikal. Pesakit mungkin dirawat dengan satu cara atau gabungan beberapa kaedah rawatan

KANSER KULIT

Kulit adalah organ badan manusia yang paling besar. Saiznya (lebih kurang 20 kaki persegi bagi orang dewasa yang mempunyai saiz biasa) dan kedudukan luarannya membuatkan ianya mudah terkena pelbagai jenis penyakit, gangguan, pengubahan warna, pertumbuhan serta kerosakan akibat persekitaran dan proses menjadi tua.

Rupa dan tahap keterukan masalah-masalah kulit sangat berbeza. Kebanyakannya boleh dibuang atau dipulih dengan rasa sakit dan risiko yang sedikit sahaja di pejabat ahli dermatologi.


Sebab-Sebab Pembedahan Kulit


Ahli dermatologi menyatakan empat sebab untuk menjalankan pembedahan kulit:

1. Untuk mewujudkan satu diagnosis yang pasti dengan satu biopsy kulit;

2. Untuk mencegah atau memberikan kawalan awal terhadap penyakit;

3. Untuk memperbaiki rupa kulit dengan membuang pertumbuhan, pengubahan warna, atau kulit yang rosak disebabkan oleh proses menjadi tua, cahaya matahari atau penyakit;

4. Untuk memperbaiki kulit secara kosmetik.

Satu perubahan pada suatu tahi lalat boleh menandakan satu masalah yang teruk. Seorang ahli dermatologi seharusnya dirujuk jika tahi lalat atau luka kulit menjadi lebih besar, bertukar warna atau tersebar secara tidak sekata. Tanda-tanda amaran yang lain termasuk rasa gatal, pengupingan, rasa sakit dan perdarahan.

Pembedahan yang besar dan yang berpotensi untuk menyebabkan kecacatan selalunya boleh dicegah dengan pembuangan secara pembedahan yang segera. Ini boleh dilakukan dengan pembekuan yang khusus, dengan rawatan dengan bahan kimia yang dibubuh pada tisu yang berpenyakit atau dengan bantuan laser.


Jenis-Jenis Barah Kulit

Tumor kulit bersifat benigna (tidak berbarah) atau malignan (berbarah)


Antara tiga jenis barah kulit yang utama, yang paling sering berlaku dan yang paling tidak serius adalah barah sel asas. Lazimnya, ianya nampak sebagai satu gumpalan kecil yang berkilat pada bahagian-bahagian yang terdedah kepada matahari pada orang-orang yang selalu berada di tengah panas. Walaupun tumor tersebut tumbuh dengan perlahan, ianya boleh menjadi sangat besar dan menembus jauh ke dalam jika ianya tidak dirawati. Ianya mungkin selalu berdarah, menjadi berkuping, nampak seakan-akan pulih dan kemudiannya berdarah semula.

Sel barah skuamas mungkin muncul sebagai satu gumpalan atau pertumbuhan yang merah dan berkuping. Jika tidak dirawat, sel barah skuamas boleh merebak dan juga menyebabkan maut.

Melanoma malignan adalah jenis barah kulit yang paling jarang berlaku tetapi yang paling serius. Ianya nampak sebagai satu tahi lalat yang berwarna coklat tua atau hitam dengan penyebaran yang tidak sekata dan warna yang tidak tetap, dalam warna hitam/biru, merah atau putih. Melanoma malignan berlaku paling sering pada bahagian atas belakang lelaki dan wanita dan pada bahagian bawah kaki wanita. Namun ia juga boleh terjadi pada muka dan bahagian-bahagian lain badan. Terdapat sejenis melanoma yang jarang yang berlaku yang dialami oleh keluarga-keluarga yang mempunyai tahi lalat atipikal. Individu-individu ini mempunyai banyak tahi lalat yang luar biasa, ada di antaranya yang mungkin perlu dibuang.


Rawatan

Rawatan untuk barah kulit berbeza mengikut kedudukan, takat dan kelangsangan barah serta kesihatan keseluruhan pesakit. Dalam kebanyakan kes, ahli dermatologi akan mengambil satu bahagian kecil tisu yang luarbiasa yang dipanggil biopsi. Tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh seorang ahli dermatopatologi untuk menentukan sama ada ianya malignan.

Tumor malignan memerlukan rawatan yang lebih seperti pengkuretan, eksisi secara pembedahan, pembedahan krio, kemoterapi setempat, pembedahan laser atau terapi sinaran. Ini boleh dilakukan di klinik kulit kami atau di bilik bedah waktu siang kami.

Pengkuretan dan elektrodesikasi melibatkan penggeseran habis tisu malignan dengan satu alat pembedahan tajam yang dipanggil kuret. Satu unit pembedahan elektro, mungkin kemudiannya digunakan untuk menghentikan perdarahan dan membuang satu zon tisu biasa.

Eksisi secara pembedahan melibatkan pemotongan ke dalam kulit, membuang pertumbuhan, dan kemudiannya menutup luka dengan jahitan. Kadang-kala satu graf kulit mungkin diperlukan jika luka adalah besar.

Biopsi bermaksud satu proses untuk mengambil satu bahagian kulit untuk pemeriksaan di bawah mikroskop dan diagnosis.

Pembedahan krio melibatkan penggunaan satu mesin yang menyembur cecair nitrogen terus ke atas kulit, atau menyentuh kulit dengan satu alat, yang membekukan tisu berbarah tersebut. Pembekuan boleh menghapuskan sel-sel barah dan pemulihan luka akan berlaku dengan peninggalan parut yang sedikit sahaja

Kemoterapi setempat melibatkan pembubuhan satu bahan kimia, fluorourasil-5, yang menghapuskan pertumbuhan pra-barah dan kadang-kala tisu berbarah.

Terapi sinaran juga boleh menghapuskan tisu berbarah dan adalah berguna untuk sebahagian jenis barah kulit, dan juga untuk individu-individu tertentu yang tidak boleh menjalani pembedahan.

KANSER PARU-PARU

PENYELIDIK dan pakar perubatan menggariskan beberapa punca seseorang boleh menghidap barah paru-paru. Antaranya:

1. Tabiat menghisap rokok

Banyak kajian menunjukkan kaitan langsung antara tabiat merokok dan penghidap barah paru-paru. Malah, kadar kematian di kalangan perokok yang kerap (heavy smoker) 20 kali lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok. Presiden American Health Foundation, Dr Ernest I Wynder, menggariskan seorang yang kuat merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok sehari dan merokok setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100 peratus menghidap barah paru-paru.

Kalian juga menunjukkan, orang yang menghidu asap rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah paru-paru. Asap rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan seperti logam, toksid dan gas pencemar, merosakkan rerambut silia yang meliputi rongga udara.

Lapisan silia berfungsi menapis habuk dan zarah halus daripada memasuki rongga peparu. Apabila sistem silia dilumpuhkan, ia tidak mampu menapis debu justeru menyebabkan rongga terdedah kepada kesemua bahan toksid. Ini menyebabkan sel paru-paru membahagi dan membesar tidak sempurna serta menjadi sekelompok sel barah.

2. Pendedahan radiasi dan sesetengah bahan kimia

Ramai kurang peka bahawa pendedahan kepada sinaran radiasi pada sesetengah bahan kimia memungkinkan pelbagai penyakit barah.

Pada 1991,160,000 penduduk benua Amerika mati disebabkan barah paru-paru kesan radon iaitu sejenis gas radioaktif semula jadi. Di dalam badan kita, ada kira-kira 25 juta sel yang membolehkan kita hidup. Justeru, tubuh kita terpaksa menjana sel dengan cepat, kira-kira 2.5 juta sesaat. Sel yang terdedah pantas bergerak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kanser.

Kajian juga menunjukkan pendedahan ke" pada bahan gentian mineral, iaitu asbestos, menyebabkan barah paru-paru. Malah pen" dedahan kepada bahan kimia seperti bisdiloromethymethyl ether (BCME) dan chloro" methy-methyl ether (CMME) menyebabkan penyakit ini.

Kini, penemuan terbaru mendapati ka lah rawatan radioterapi juga menyebabkan ko barah paru-paru.

3. Pencemaran atmosfera

Barah paru-paru didapati lebih kerap terjadi di kalangan penduduk bandar berindustri yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ben~ tuk pencemaran.

4. Makanan mengandungi lemak tepu

Menurut Dr Takeshi Hirayana daripada Institute of Preventive Oncaogy, Jepun, orang yang banyak makan daging yang tinggi kadar lemak tepunya (saturated fats) seperti lemak babi serta kurang makan sayuran hijau, mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ili.

5. Faktor lain

Faktor lain yang masih dikaji ialah kemung. kinan barah ini disebabkan scar dan fibrosis dalam peparu atau jangkitan batuk kering atau tuberculosis (TB) yang baru sembuh se~ fibrosis lesions

KANSER PAYUDARA

Mengenali Barah Payudara
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.



Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.

Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Bilakah masa yang betul untuk melakukan PSP?

Jika anda masih datang haid, PSP patut dibuat 3 hari selepas haid “berhenti” ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Kalau sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan. Hari yang senang diingati adalah hari pertama setiap bulan.


Tanda-tanda yang perlu diperhatikan
-benjolan di payudara atau ketiak

-perubahan luarbiasa tekstur, bentuk, saiz payudara

-kulit payudara berkedut

-puting payudara tertarik ke dalam

-pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara

Bagaimana Melakukan PSP

Melihat Perubahan dihadapan cermin

Tanggalkan pakaian pada paras pinggang and berdiri di hadapan cermin. Angkat kedua-dua tangan anda ke atas. Memerhati saiz, bentuk, kulit dan keseimbangan payudara anda daripada beberapa sudut. Tangan sekarang diletak di sisi badan anda. Pusing ke kiri dan ke kanan dan memerhati payudara sekali lagi. Selepas ini, memerhatikan payudara anda apabila menegangkan otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

Mengesan dengan cara berbaring

Untuk memeriksa payudara kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan. Ini adalah untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. Ini akan “mengemukakan” payudara yang lebih “leper” dan kurang bergerak semasa pemeriksaan dibuat.

Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara sebelah kanan. Gunakan tapak jari (finger pads) untuk menekan secara sistematik seluruh payudara anda. Pastikan tapak jari adalah selari dengan permukaan kulit payudara. Kaedah urutan menegak , pusingan (circular) atau “wedge” boleh digunakan. Pilihlah sistem yang anda terasa sesuai untuk anda dan gunakan kaedah yang sama setiap kali. Periksalah untuk benjolan.

Jangan lupa memeriksa seluruh payudara dan ketiak anda. Puting patut diperiksa untuk lelehan tetapi jangan menekan payudara dan puting terlalu kuat untuk mengeluarkan lelehan.

Tukarkan bantal ke bawah bahu kiri untuk memeriksa payudara kiri dengan tangan kanan anda.

Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun menyenangkan pergerakan anda apabila merasai payudara anda untuk benjolan. Tetapi, ini merupakan langkah ekstra dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring

Kelainan Payudara Yang Tidak Merbahaya (Benign Breast Conditions)

Adakah anda mempunyai simptom-simptom seperti dibawah…

* Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang “keras” di payudara anda?

* Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?

* Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?

* Adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?

* Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?

* Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign) atau sistik mastitis kronic.


Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?

Kelainan ini adalah “penyakit” bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopause).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.


Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangnya hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopause).


Apakah rawatannya?

Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakanlah coli yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan 'cola' di mana kandungan kaffein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit.

“Rawatan” tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu.

Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fisikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat


Medical Info : CANCER

Please note the following :
CANCER : Not all cancers are the same. 1/3 is curable. 1/3 is preventable.
2 factors of cancer that cannot be controlled are AGE & FAMILY HISTORY.

CAUSES OF CANCER:
1. Smoking is very often the main cause of cancer.
It kills us silently and drains money from us quietly. There’re 4,000 harmful chemicals (though in diluted form) in one stick of cigarette. Taking one puff is 600 times worse than inhaling exhaust fumes from vehicles.

2. Some foods that cause cancer is :
a. Barbecued Food
b. Deep Fried Food
c. Overheating Meat
d. Food that is high in fat causes our bile to secrete acid that contains a chemical which is a promoter of cancer cells.
e. Food that contains preservatives, too much salt or nitrates, e.g. canned food, salted egg & veggies, sausages, etc.
f. Overnight Rice (where Aflatoxin is accumulated)
g. Food that is low in fibre : Our body needs 25gm of both soluble & insoluble fibre daily. We must drink at least 1.5 litres of plain water a day.
h. Contaminated Food (e.g. moulded bread causes our body to secrete toxins that may eventually lead to liver cancer in the long run. Never eat bread that is kept in room temperature for more than 2 days especially in a humid weather.)

3. Types of fat and which is the best?
Highly Recommended for Health :
a. Olive Oil - It does not absorb in our body.
b. Fish Oil - Omega 3 (contained in NI’s Circulytes) has poly-unsaturated fat. It’s good for our brain cells.
c. Peanut Oil - It contains Vitamin E. A small dosage is recommended only.

4. Not Recommended for Health
a. Vegetable Fat - Palm oil is worse than coconut oil. It is high in cholesterol and highly unsaturated.
b. Coconut Oil - It has saturated fat.

5. Specific Food & Beverages
a. Egg when eaten too much can cause High Colon Cancer, Risk Ovary Cancer, Prostate Cancer.
b. Cabbage is highly recommended for health reason.
c. Tomato is best eaten raw with a bit of olive oil for better absorption. Other alternative is to take tomato sauce. Do not boil - tomatoes became acidic when boiled.
d. A little coffee is good because it contains 2 anti- oxidants. Inhale coffee aroma for half each day is equivalent to eating 2 oranges a day. However, the residue of over-burned coffee is extremely bad for health. It can cause cancer.
e. Tea, as long as it is in its original tealeaves and not processed into BOH or Lipton packets, it is good for health. Tea contains 30 anti-oxidants. Recommended dosage is a cup a day.

EXERCISE AND BE FIT
Have a balanced lifestyle. Exercise regularly.

F : Frequency : 3 to 5 times a week.
I : Intensity : Exercise till we sweat and breath deeply.
T : Types of exercises : Find one that suits our age, lifestyle…

HAVE REGULAR CHECK-UP once we reach the age of 45 & above, it is recommended that we go for regular comprehensive health examination. Early detection may save lives.

Pass it on to people you care of their health.*

TANDA TERKENA KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
1- Makanan
2- Alkohol
3- Sinaran cahaya matahari
4- Pengambilan ubat air dan udara
5- Perokok yang tidak aktif
6- Tembakau
7- Radiasi
8- Pekerjaan
9- Pencemaran
10- Keturunan

BARAH PANGKAL RAHIM

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.


Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.


Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

*Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
*Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
*Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
*Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.


Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?


Tabiat seks
memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).

Agen jangkitan
terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.

Tidak menjaga kebersihan diri.

Menghisap tembakau.


Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.

Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.


Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.


Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.


Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.


Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:

*Pusat Kesihatan Kerajaan
*Klinik Perancang Keluarga
*Hospital/Klinik Swasta


Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.


Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?

Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.


Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?

Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
TANDA-TANDA AWAL KANSE

BARAH OTAK

Berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya.

Bagaimanakah tumor otak ini diklasifikasikan?

Ia boleh diklasifikasikan sebagai:

1. Tumor Benigna (bukan kanser).
2. Tumor Malignan (kanser).
Terdapat 2 kategori tumor otak

1. Tumor otak primer - tumor ini berasal atau tumbuh dari otak.

2. Tumor otak sekunder (dikenali sebagai metastatik) - ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit.

Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko tumor otak?
Tidak terdapat faktor-faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit-pesakit yang menghidap tumor otak. Dengan mengkaji beberapa kes pesakit tumor otak, didapati sesetengah jenis tumor otak lebih kerap berlaku di kalangan pekerja-pekerja kilang penapis minyak, industri-industri pembuatan bahan-bahan getah dan dadah. Ahli-ahli kimia dan para pengawet adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini.


Apakah gejala-gejala tumor otak?

Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak:

* Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.

* Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah.

* Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk, bersin dan menunduk.

Perubahan tingkah laku seperti bersikap 'tidak apa', hilang ingatan, hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak. Ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu. Jadi, apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut. Bagi sesetengah kes, jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan berjumpalah doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser.


Bayi yang menghidapi kanser selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut :

* Ubun-ubun membonjol (bukaan yang tedapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap).
* Lilitan kepala membesar.
* Tidak terdapatnya refleks merah di dalam mata.


Di kalangan kanak-kanak, gejala berikut mungkin berlaku:

* Loya dan muntah.
* Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda, juling, kebutaan.
* Gangguan makan.
* Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok.
* Perubahan pada gaya berjalan (berjalan terencot-encot), ataksia (terhuyung-hayang).
* Kesukaran untuk berjalan.
* Keletihan dan terasa lemah badan.
* Peningkatan berat badan.
* Perubahan pada endokrin.


Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:

* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).
* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.
* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).
* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.


Bagaimanakah kita boleh mencegah dari berlakunya tumor otak ini?

Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak. Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan.

KANSER HATI

Apakah itu kanser hati?

Kebanyakan kanser mengambil sempena nama bahagian tubuh di mana kanser tersebut bermula. Kanser hati primer terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis berlaku apabila sel-sel kanser yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke hati. Kanser hati ini juga dikenali sebagai hepatoma.


Bagaimanakah kanser hati ini boleh diperjelaskan?

Kanser hati ataupun hepatoma ini biasanya lebih lazim berlaku di negara-negara Asia. Secara purata, pesakit kanser ini kebanyakannya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Ia didapati empat kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita .

Tumor hati merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku di dunia Barat. Tetapi ia merupakan antara beberapa jenis kanser yang paling biasa menyerang penduduk-penduduk Asia dan Afrika.

Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada tumor benigna dan tumor malignan.

Tumor benigna hati:

Adalah lebih biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan.
Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal.

Tumor malignan hati:

Termasuklah hepatoma (kanser hati primer), kanser kolangioselular, gabungan kanser hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.

Bagaimanakah kanser hati ini terbentuk?

Hati merupakan organ utama dalam tubuh manusia yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin, dadah dan racun keluar dari tubuh. Ini dilakukan dengan memecahkan toksin tersebut kepada sebatian berpigmen dan kemudiannya diangkut keluar melalui duktus ke dalam usus. Apabila virus, dadah atau alkohol merosakkan hati, sebatian berpigmen ini akan terkumpul, menyebabkan berlakunya jaundis, atau kekuningan bahagian mata putih. Biasanya sel-sel hati inilah yang menjadi kanser.

Terdapat pelbagai bentuk atau pola histologi bagi hepatoma. Hepatoma boleh wujud dalam dua bentuk: Tumpuan (fokus) dan berbaur. Bentuk fokus atau tumpuan ini dapat dilihat sebagai jisim yang bulat atau berlobul, biasanya wujud dalam jumlah yang banyak. Bentuk berbaur atau tersebar pula lebih sukar untuk didiagnoskan.

Dari sampel spesimen yang telah dipotong didapati kebanyakan kes hepatoma ini telah merebak ke bahagian vena portal. Ini boleh melibatkan vena hepatik, vena kava, dan vena portal dan dipercayai merupakan punca utama metastasis.

Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser hati?

Mereka yang berisiko termasuklah:

* Peminum alkohol.
* Pembawa Hepatitis B.

Ingat:

Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia dikaitkan begitu rapat sekali dengan masalah kanser hati terutama di negara-negara maju.
Pembawa Hepatitis B berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati terutamanya jika mereka memiliki virus yang aktif ataupun jika mereka mengalami kerosakan hati*.

Apakah tanda-tanda dan gejala kanser hati?

Terdapat beberapa gejala yang anda perlu ketahui:

* Gejala-gejala yang utama adalah kesakitan di bahagian abdomen, susut berat badan dan hilang selera makan. Gejala-gejala ini juga wujud apabila hati dijangkiti virus seperti Hepatitis A atau B. Berwaspadalah kerana hampir 30% dari pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala.

* Demam yang tidak diketahui puncanya juga merupakan gejala yang biasa berlaku.

*Asites atau busung (pengumpulan cecair dalam rerongga peritoneum yang menyebabkan abdomen menjadi kembung). Cecair ini biasanya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan mungkin bercampur dengan darah.

Apakah komplikasi yang mungkin boleh terjadi?

Metastasis - kanser tersebut boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Apakah prognosis bagi kanser hati?

Purata pesakit kanser hati dilapor dapat meneruskan hidup hanya untuk jangka 4-8 bulan sahaja selepas didiagnos. Keterukan kanser hati, kerosakan hati yang awal disebabkan oleh hepatitis B atau pengambilan alkohol dan kebolehbedahan kanser tersebut, akan menentukan kemandirian pesakit kanser hati. Jika pembedahan mampu memulihkan kanser, peluang untuk pesakit meneruskan hidupnya selama 5 tahun lagi adalah tinggi, hampir 46%.


Bagaimanakah kanser hati ini boleh dicegah?

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:

* Dapatkan imunisasi Hepatitis B seperti yang dijadualkan.

* Elakkan pengambilan alkohol berlebihan.

* Menjalani pemeriksaan kesihatan apabila terdapatnya perubahan tertentu pada kesihatan anda khususnya yang berkaitan dengan tanda-tanda amaran kanser


*Sumber Kementerian Kesihatan



Kanser nasofaringeal unik di Asia


PERKEMBANGAN perubatan nampaknya sedikit sebanyak meringankan bebanan yang diletakkan ke atas penyakit kanser kerana disamakan sebagai satu hukuman mati.

Pun begitu, disahkan oleh doktor menghidap kanser masih menjadi prospek yang amat mengerikan. Dan salah satu daripada penyakit jenis itu yang terutamanya lazim berlaku di Asia Tenggara dan di China Selatan adalah kanser nasofaringeal (nay-zo-fair-in-geel-al).

Kanser nasofaringeal merebak di dalam nasofarinks iaitu satu bahagian di belakang hidung dan di atas tekak. Ia terletak betul-betul di bawah dasar tengkorak dan hanya sedikit di atas lelangit lembut.

Terdapat berjenis-jenis ketumbuhan atau tumor yang boleh merebak di dalam nasofarinks sama ada benigna yang tidak berbahaya atau malignant (berbahaya).

Ketumbuhan yang berbahaya ini boleh menembusi sekeliling tisu dan kemudiannya merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.

Pakar Perunding Otolaringologi yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Johor, Dr. Archuna Umapathy berkata:

“Kanser nasofaringeal merupakan ketumbuhan yang terbentuk di dalam nasofarinks, kawasan di mana bahagian belakang hidung terbuka hingga ke bahagian atas tekak dan juga di mana saluran telinga akan terbuka hingga ke tekak.

“Kanser nasofaringeal jarang berlaku di negara-negara Barat. Sebaliknya, ia boleh didapati secara meluas di rantau Asia Tenggara dan China Selatan”.

Tidak seperti penyakit-penyakit lain, agak sukar untuk menemui jurnal-jurnal mahupun artikel perubatan yang menyentuh secara terperinci mengenai kanser ini.

Jika pun ada, satu fakta yang tidak dapat dipisahkan dengan kanser nasofaringeal adalah kaitannya dengan kaum Cina.

Ini kerana, kanser nasofaringeal boleh dikatakan unik bagi rakyat Asia sahaja di mana ia kerap ditemui di negara-negara seperti Singapura, Filipina, Hong Kong, Taiwan dan China Selatan. Ia turut direkodkan di Tunisia dan beberapa bahagian di Afrika Utara.

Dr. Archuna berkata: “Di Malaysia, di antara 50 hingga 60 peratus kanser nasofaringeal berlaku di kalangan kaum Cina manakala Melayu, hampir 40 peratus.

“Anda mungkin berisiko tinggi menghidap barah ini sekiranya anda atau nenek moyang anda berasal dari China Selatan khususnya dari Guangzhou (Kanton) atau Hong Kong.”

Siapa lagi yang berisiko

* Lelaki; ketumbuhan adalah tiga kali lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita
* Berusia lebih 35 tahun; satu umur yang secara relatifnya adalah awal untuk satu-satu kanser berkembang.


Sehingga kini, penyebab utama kepada kanser nasofaringeal masih menjadi perdebatan di kalangan komuniti perubatan.

Penyelidikan berterusan sedang dijalankan dengan meluas bagi mempelajari tentang punca-puncanya.

Sekalipun tidak disokong oleh bukti yang kukuh, para saintis menjurus kepada dua kemungkinan utama iaitu faktor genetik dan persekitaran.

“Seseorang itu barangkali mewarisi kecenderungan untuk menghidap kanser nasofaringeal daripada ibu bapa atau keluarga masing-masing.

“Faktor genetik mungkin merupakan faktor risiko terpenting memandangkan keadaan penyakit itu sendiri yang sering menyerang warga yang berasal dari China Selatan,” kata Dr. Archuna.

Salah satu punca lain adalah kekerapan memakan makanan jeruk atau tinggi kandungan garamnya seperti ikan, daging dan telur masin, sayuran jeruk dan lain-lain sejak dari kanak-kanak lagi.

Kajian mendapati, makanan yang dimasak menggunakan suhu yang tinggi boleh menyebabkan penghasilan bahan kimia yang boleh memusnahkan DNA.

DNA yang rosak ini seterusnya mengubah keupayaan sel-sel untuk mengatur pertumbuhan dan proses replikasi dengan baik.

Harissa – adunan berasaskan cili berempah yang digunakan di Afrika Utara dikatakan mempunyai kaitan dengan risiko kanser nasofaringeal yang meningkat di Tunisia.

Sementara itu di China Selatan, kepercayaan popularnya dikaitkan dengan makanan diawet khususnya ikan masin yang menjadi makanan utama nelayan selama beberapa minggu berada di laut.

“Kemungkinan yang lain ialah kesan jangkitan dari Virus Epstein-Barr, sejenis serangan penyakit yang biasa berlaku di seluruh dunia,” tambah Dr. Archuna.

Bagaimanapun, dengan mengetahui faktor-faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang seseorang mendapat penyakit ini, sudah cukup baik sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kebanyakan kes kanser nasofaringeal boleh dikesan pada peringkat awal penyakit lagi kerana ia menunjukkan gejala-gejala yang menyebabkan pesakit perlu mendapatkan perhatian perubatan.

“Malangnya, sesetengah darinya sama sekali tidak memperlihatkan sebarang gejala sehinggalah penyakit sudah sampai ke peringkat yang lebih teruk,” ujar beliau.

Sebahagiannya juga mungkin menunjukkan gejala-gejala yang lebih kelihatan seperti boleh dikaitkan dengan penyakit biasa dan bukannya kanser.

Ada juga benigna yang boleh menghasilkan beberapa gejala seperti kanser nasofaringeal dan penilaian perubatan adalah satu-satunya untuk memastikan kewujudan NPC atau sebaliknya.

Dalam kes-kes tertentu di mana masalah hidung seperti resdung atau rinitis kronik adalah biasa, gejala hidung yang dianggap tidak penting ini selalunya akan dibiarkan begitu sahaja beberapa bulan lamanya sehingga tanda akhir kelenjar leher metastatik muncul.

Petanda awal kanser nasofaringeal

- Titisan hidung

- Masalah hidung berdarah

- Hidung tersumbat

- Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesing di sebelah atau kedua-dua telinga.


Tanda-tanda lain (mungkin sudah lewat)

- Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata

- Pening kepala

- Rasa kebas di separuh bahagian muka

- Mengalami masalah pertuturan

- Terdapat ketulan di leher.


Mujurlah peluang untuk menyembuhkan kanser nasofaringeal adalah tinggi, di antara 80 hingga 90 peratus sekiranya ia berjaya dikesan pada peringkat awal lagi.

“Apabila kanser disahkan pada tahap lewat, peluang penyembuhan akan merosot di antara 30 hingga 40 peratus,” kata Dr. Archuna.

Jika terdapat salah satu daripada tanda-tanda atau gejala-gejala seperti di atas, doktor akan melakukan sesi interbiu dengan pesakit bagi mengetahui tentang sejarah keluarga, menjalankan pemeriksaan fizikal dan beberapa prosedur perlu.

“Doktor akan menggunakan kaedah endoskopi untuk cuba melihat kanser tersebut di mana sebuah kamera kecil di hujung satu tiub yang halus akan dimasukkan ke dalam hidung pesakit bagi membolehkan doktor melihat dengan lebih dekat ketumbuhan kanser tersebut.

“Ketika menjalani ujian endoskopi, doktor akan mengambil secebis kecil ketumbuhan tersebut sebagai sampel biopsi. Cebisan ketumbuhan ini akan dihantar ke makmal untuk diperiksa menggunakan mikroskop,” jelasnya lagi.

Doktor juga mungkin meminta pesakit menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk menentukan saiz ketumbuhan tersebut.

Dr. Archuna menegaskan agar mana-mana individu yang mengalami tanda-tanda kanser nasofaringeal agar segera berjumpa bagi membolehkan diagnosis yang tepat dibuat dan rawatan yang berkesan dimulakan.

Selalunya, gejala pertama kanser nasofaringeal yang dikesan oleh pesakit adalah bengkak pada leher yang bermakna, kanser telah merebak ke leher.

Keadaan itu menunjukkan bahawa ketumbuhan di belakang kerongkong telah berkembang selama beberapa bulan atau tahun dan melewati peringkat pertama.

Rawatan

Kata Dr. Archuna, pemulihan boleh dilakukan sekiranya kanser tersebut tidak merebak ke bahagian tubuh lain.

“Rawatan radiasi dan kemoterapi adalah rawatan standard untuk memulihkan penghidap barah nasofaringeal.

“Walau bagaimanapun rawatan radiasi dan kemoterapi akan menyebabkan pesakit berasa letih, dahaga dan sakit di dalam perut. Pesakit juga mungkin berasa pening selepas rawatan radiasi dilakukan,” ujar beliau.

Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insidens kanser nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.

Statistik berkaitan

- Saban tahun, lebih 50,000 orang di rantau ini meninggal dunia disebabkan oleh kanser nasofaringeal

- Adalah dianggarkan di antara 15 hingga 20 kes kanser nasofaringeal dilaporkan bagi setiap 100,000 orang di Hong Kong.


*Sumber Utusan Malaysia



Sholat Tahajjud ternyata tak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapatkan tempat (maqam) terpuji di sisi Allah (Qs Al- Isra:79) tapi juga sangat penting bagi dunia kedokteran. Menurut hasil penelitian Dr. Mohammad Sholeh,dosen IAIN Surabaya, salah satu shalat sunnah itu bisa membebaskan seseorang dari serangan infeksi dan penyakit kanser. Tidak percaya? "Cobalah Anda rajin-rajin sholat tahajjud. "

Jika anda melakukannya secara rutin, benar,khusuk,dan ikhlas, niscaya anda terbebas dari infeksi dan kanser", ucap Sholeh. Ayah dua anak itu bukan "tukang obat" jalanan.

Dia melontarkan pernyataanya itu dalam desertasinya yang berjudul "Pengaruh Sholat tahajjud terhadap peningkatan Perubahan Respons ketahanan Tubuh Imonologik: Suatu Pendekatan Psiko-neuroimunologi" Dengan desertasi itu, Sholeh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedokteran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya Selasa pekan lalu.

Selama ini, menurut Sholeh, tahajjud dinilai hanya merupakan ibadah salat tambahan atau sholat sunah. Padahal jika dilakukan secara kontinu, tepat gerakannya, khusuk dan ikhlas, secara medis sholat itu menumbuhkan respons ketahannan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M, G, A dan limfosit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi.

Sholat tahajjud yang dimaksudkan Sholeh bukan sekedar menggugurkan status sholat yang muakkadah (Sunah mendekati wajib). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas sholat, ketepatan gerakan, kekhusukan,dan keikhlasan. Selama ini,kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.

Namun sebetulnya soal ini dapat dibuktikan dengan tekhnologi kedokteran. Ikhlas yang selama ini dipandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekresi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Sholeh, bisa diukur dengan kondisi tubuh.

Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya anatara 38-690 nmol/liter. Sedang pada malam hari-atau setelah pukul 24:00- normalnya antara 69-345 nmol/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas karena tertekan.

Begitu sebaliknya. Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang membantah paradigma lama yang menganggap ajaran agama (Islam) semata-mata dogma atau doktrin.

Sholeh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Pesantren Hidayatullah, Surabaya. Dari 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan menjalankan sholat tahajjud selama sebulan penuh.

Setelah diuji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan sholat tahjjud selama dua bulan. Sholat dimulai pukul 02-00-3:30 sebanyak 11* rakaat, masing masing dua rakaat empat kali salam plus tiga rakaat.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka diukur di tiga laboratorium di Surabaya (paramita, Prodia dan Klinika) Hasilnya, ditemukan bahwa kondisi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajuud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menaggulangi masalah-masalah yang dihadapi dengan stabil. "jadi sholat tahajjud selain bernilai ibadah,juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi.

Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif dan coping yang efectif,emosi yang positif dapat menghindarkan seseorang dari stress," Nah, menurut Sholeh, orang stress itu biasanya rentan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi.

Dengan sholat tahjjud yang dilakukan secara rutin dan disertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki respons imun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar dari penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan tekhnik medis menunjukan,sholat tahajjud yang dilakukan seperti itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik. "Maka dirikanlah Shalat karena Tuhanmu dan Berkurbanlah", (Q.S Al- Kautsar:2)

Sebuah bukti bahwa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahasia atas rahmat, nikmat, anugrah yang diberikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskah kita menunggu untuk bisa masuk diakal kita ???????

Seorang Doktor di Amerika telah memeluk Islam karena beberapa keajaiban yang di temuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi.

Setelah memeluk Islam dia amat yakin pengobatan secara Islam dan oleh sebab itu itu telah membuka sebuah klinik yang bernama "Pengobatan Melalui Al Quran"

Kajian pengobatan melalui Al-Quran menggunakan obat-obatan yang digunakan seperti yang terdapat didalam Al-Quran. Di antara berpuasa, madu, biji hitam (Jadam) dan sebagainya.

Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka Doktor tersebut memberitahu bahwa sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.

Setelah membuat kajian yang memakan waktu akkhirnya dia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang yaitu ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki bagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang di wajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh karena itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam "sepenuhnya" karena sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.

Kesimpulannya :

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang apalagi lagi bukan yang beragama Islam walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal.

Justru itu tidak heranlah manusia ini kadang-kadang tidak segan-segan untuk melakukan hal hal yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah tidak sesuai dengan kehendak mereka karena otak tidak bisa untuk mempertimbangkan secara lebih normal.

Maka tidak heranlah timbul bermacam-macam gejala-gejala sosial Masyarakat saat ini. "