snow

Kata-kata Hikmah

2/08/2014

MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??

MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??


Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani

Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah "Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ”.

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!

Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:


  1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??
  2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
  3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
  4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
  5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
  6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
  7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
  8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hong Kong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
  9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi.
Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Selain dari mengajar bab agama, beliau juga banyak mengajarkan saya pelbagai ilmu seperti tanda pada tapak tangan apabila bersalam dengan orang sebagai contohnya orang bujang yang banyak berzina, astaghfirullah. Pada kali ini saya ingin memanjangkan satu ilmu yang diperturunkan dari guru saya iaitu pengaruh makanan terhadap ketinggian seseorang. 

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG
BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5’ 4”. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5’ 11”. Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas. 

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5’ 11’ sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi. 

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak setulen tepung ata dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia
melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

Sekian untuk kali ini. Wassalam wallahualam


Email saya emjayjb@gmail.com

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh pulih,

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh pulih,



                               Gambar menunjukkan kesan dari GOUT

Assalamualaikum wbt


 
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Di kalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.


Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.


Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar di atas. 

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.


Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik. 

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Punca gout antaranya ialah:
1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Menonton bahan pornografi
18 Kerap mengambil ubat pain killer
19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
20. Mengambil supplement


Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza. Bacalah artikel saya berkenaan tepung putih di sini.
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong KongAustralia danEngland (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Kurangkan makanan bersantan
43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick

Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick

Bismillahirrahmannirrahim

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.

Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah dengan situasi Laman Emjay di Blogspot sudah semakin teratur, seronok sikit untuk menulis. Kali ini saya ingin menulis artikel berkenaan pengambilan MILO, Nescafe dan Sunquick serta kesan pengambilannya.  Semoga Allah SWT memudahkan penulisan ini.
Alhamdulillah pada 15 Mach 2007 saya telah menulis artikel bertajuk 

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs

Di dalam artikel tersebut saya menjelaskan 
  1. Punca-punca seseorang menghidap penyakit gout
  2. Pantang larang bagi pesakit gout
  3. Kaedah untuk merawat penyakit gout
Di dalam artikel tersebut saya ada menulis bahawa minuman Milo adalah antara punca penyakit gout. Selain Milo, Nescafe dan minuman Sunquick juga adalah antara punca penyakit gout dan juga mengakibatkan penyakit arthritis dan diabetes serta kegagalan fungsi buah pinggang.

Pada kira-kira dua bulan lepas, seorang ibu berusia sekitar 40 tahun mengadu pinggangnya kerap sakit. Saya kata "buah pinggang engkau dah mula meragam".

Wanita ini seakan-akan tidak puas hati dengan jawapan saya lalu berkata "tetapi sakitnya tu kat bawah lagi, Rasanya bukan buah pinggang"

Saya menjawab "cuba engkau bangun berdiri membelakangkan saya dan tunjukkan bahagian yang engkau kerap sakit tu"

Wanita ini berdiri membelakangi saya dan menunjukkan bahagian pinggangnya yang kerap sakit tu. Saya lalu berkata "ha tu bahagian buah pinggang kau lah tu"

Wanita ini macam tak gembira diberitahu buah pinggangnya sudah mula meragam. Saya pun menyoal ibu ini tabiaat pengambilan makanan dan minumannya. Alhamdulillah amalan permakanannya baik melainkan satu iaitu ibu ini gemar minum air Sunquick. Lihat gambar botol air sunquick di bawah:

Pendek kata bekalan air minuman Sunquick ini sentiasa ada di rumah wanita ini bukan untuk tempuh setahun dua tetapi sudah amat lama bertahun tahun. Wanita ini berserta anak anak dan suaminya memang kerap minum air Sunquick ini.

Saya memberi arahan kepada anak sulung wanita ini "balik rumah nanti tugas engkau ialah ambil botol minuman sunquick di rumah dan terus buang ke dalam tong sampah"

Anak sulung wanita ini menjawab dengan wajah tidak gembira "tetapi botol sunquick ini masih penuh, baru beli"

Lalu saya segera membalas "lagi penuh botol sunquick tu lagi perlu kau buang kerana kalau masuk perut lagi mudarat'

Pada minggu berikutnya wanita ini datang lagi bersama keluarganya untuk menyambung pelajaran ilmu agama. Saya memulakan kelas dengan soalan kepada wanita tersebut "macam mana dengan masalah pinggang sakit kau tu?"

Wanita ini dengan muka gembira berkata "lepas nasihat dulu saya sudah tidak minum lagi Sunquick dan alhamdulillah saya terus tidak lagi mengalami sakit pinggang".

Begitulah kesan pengambilan air Sunquick. Apabila sampai satu tahap ia akan menyebabkan sakit pinggang dan bila diteruskan pengambilan Sunquick ini ia akan menyebabkan tahap kerosakan buah pinggang yang lebih serius dan tahap seterusnya, penyakit GOUT sedia menanti.

Bagi mereka yang sudah kena penyakit gout atau arthritis, mereka boleh mencuba minum air Sunquick untuk tempuh beberapa hari dan lihatlah sendiri kesan pengambilan air Sunquick ini. Bagi mereka yang cukup sihat, pengambilan sekali sekala air Sunquick mungkin tidak memberikan kesan tetapi bagi mereka yang sudah mula bermasalah dengan buah pinggang, pengambilan Sunquick meninggalkan kesan yang jelas.

Apabila air sunquick ini memudaratkan buah pinggang, jadi apakah pilihan lain yang boleh diambil? Setakat ini, pengambilan air Ribena saya dapati tidak meninggalkan mudarat begitu juga air sirap. Air jus perisa buah-buahan di pasaran, elakkanlah kerana semata-mata perasa dan pewarna.

Jus Ribena
Begitulah juga air Nescafe. Tak usahlah minum Nescafe. Nescafe ni mahal begitu juga dengan Milo. Mahal kalau mendatangkan khasiat tidak mengapa. Saya telah diazab perit oleh Allah dahulu antaranya akibat minum air Sunquick, Nescafe dan Milo.
Kalau kita bertanya kepada beberapa orang sama ada mereka minum Nescafe atau tidak, mungkin kita akan temui jawapan "aku tidak boleh minum Nescafe, kalau minum aku pening". Ada orang yang bila minum Nescafe akan pening kepala, ada yang sakit tengkuk dan ada macam macam jawapan lain.

Begitulah lumrahnya minuman perosak kesihatan Nescafe. Kalau air susu lembu diminum, insyaallah tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan negatif malahan peminumnya bakal mendapat kesan positif seperti mudah buang air besar dan sebagainya.

Tidak perlulah pembaca semua mengikuti laluan kehidupan saya dengan mengambil Nescafe dan Milo. Alhamdulillah hidup lebih sihat tanpa Nescafe dan Milo. 

Air kopi dan teh saya memang minum. Campur susu tepung fullcream sedap sekali.

Tentang Milo, aduh mengucap panjang saya apabila terkenang azab Allah pada diri saya akibat MILO!! Sekian lama saya menghidap gout dahulu, walau pun saya sudah berjaga-jaga dengan segala pantang larang namun situasi gout saya tetap sensitif. Apabila saya dalam keadaan sihat,  cuba makan sepotong piza, keesokan harinya saya kaki sudah bengkak kena gout. Pendek kata tidak boleh salah makan, memang bakal kena gout bila terambil makanan yang menjadi pantang larangnya.

Alhamdulillah setelah berhenti mengambil MILO, terima kasih ya Allah semoga gout saya tidak berulang lagi. Saya juga dapat rahmat kedua iaitu belanja dapur berkurang kerana harga Milo ni agak mahal juga.

Tentang kesan pengambilan Milo kepada kanak-kanak pula, marilah pembaca sekelian melihat kesan apabila anak kecil mengambil Milo berterusan untuk satu tempuh dan selepas itu hentikan pengambilan Milo. Lihatlah kesan bentuk tahi anak-anak kecil anda. Insyaallah anda akan perasan bahawa anak-anak kecil sukar buang air besar dan tahinya juga keras setelah mengambil Milo. Apabila anak-anak tidak mengambil Milo, mereka lebih budah buang air besar dan tahinya juga tidak keras. Itu adalah antara kesan buruk mengambil Milo.

Jika pengambilan Milo pada kanak-kanak ini diteruskan sejak kecil hingga dewasa, inilah yang menjadi antara punca kerosakan buah pinggang mengakibatkan gout, diabetes atau arthritis.

Milo sudah cukup jahat namun apa yang lebih jahat lagi ialah ialah gambar di bawah:
  

Milo 3 in 1 ini lebih merbahaya berbanding Milo sahaja. Milo 3 in 1 mengandungi gula dan non dairy creamer. Non dairy creamer inilah yang menjadikan minuman 3 in 1 ini semakin merbahaya. Milo merbahaya kepada buah pinggang manakala non dairy creamer ini sangat merbahaya kepada jantung.

Berkenaan krimer bukan tenusu (non dairy creamer), saya ada menulis artikel berkenaannya dihttp://laman-emjay.blogspot.com/2008/04/kalau-nak-sihat-elakkan-makan-krimer.html

Sebagai penutup, elakkanlah mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Ia hanya menjadikan hidup kita lebih sengsara. Sebenarnya nasihat saya melalui artikel ini amat mudah diamalkan sekiranya Allah SWT ingin memberikan rahmatNya kepada anda. Namun kalau sebaliknya ia akan menjadi sukar sekiranya Allah tidak ingin memberikan rahmatNya. Saya waktu saya jahil dahulu, Allah SWT mentadbir saya seisi keluarga mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Alhamdulillah kini semuanya sekadar bahan sejarah saya. Wanita yang saya ceritakan di atas yang mengambil Sunquick, Allah mudahkannya bercerita masalahnya lalu diberikan penyelesaian oleh Allah SWT selepas beliau memperbaiki agamanya.

Dengan itu marilah sama-sama kita semua memperelokkan agama kita semoga Allah SWT redha dengan kita lalu ditadbirkan kita semua mengambil makanan minuman yang halal lagi baik dan seterusnya Allah memberikan kita semua rahmat kesihatan dan dijauhi segela jenis penyakit, Kesihatan bukan suatu yang percuma, Ia perlu dibeli dengan takwa.

Sekian untuk kali ini 

Wassalam wallahua'lam

Emjay